Larangan rentas empat minggu

KUALA LUMPUR 8 Mei – Semua aktiviti rentas negeri dan daerah di seluruh negara tidak dibenarkan tanpa kebenaran PDRM selama empat minggu mulai Isnin ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Penguatkuasaan itu meliputi kesemua negeri yang berada dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Pemulihan (PKPP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Diperketatkan (PKPD), sehingga 6 Jun.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, keputusan sekatan ini akan disemak semula selepas dua minggu.

Antara aktiviti lain tidak dibenarkan (dalam tempoh itu) adalah aktiviti sosial termasuk majlis-majlis kenduri, perkahwinan, keraian dan lain-lain; aktiviti pendidikan dan aktiviti ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam.

Selain itu turut tidak dibenarkan ialah majlis rasmi dan sosial secara bersemuka oleh kerajaan dan swasta.

Related posts

Leave a Comment