1,196 kes baharu

PUTRAJAYA 27 Dis. – Sebanyak 1,196 kes harian baharu Covid-19 dicatatkan  hari ini, dengan satu kluster baharu dikesan dan satu kematian dilaporkan, kata

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dengan tambahan kes harian berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam negara mencecah 105,096 kes.

Dalam satu kenyataan berhubung perkembangan Covif-19, hari ini,  lima daripada keseluruhan jumlah kes baharu hari ini merupakan kes import dengan dua dikesan di Selangor dan tiga lagi di Sarawak.

Katanya 997 kes sembuh dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 84,411 kes  atau 80.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Mengenai satu kematian yang dilaporkan hari ini, beliau berkata ia melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 71 tahun di Sabah.

Sehingga kini juga, terdapat 111 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 50 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, bilangan kes sembuh  adalah sebanyak 997 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah sebanyak 84,411 kes

(80.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat satu kluster baharu dikenali Kluster Jalan Sedco  telah  dikenal pasti menjadikan jumlah kluster yang dilaporkan sehingga kini adalah 484.

Menurutnya kluster berkenaan melibatkan tempat kerja di Tawau dan Kalabakan, Sabah yang kes indeksnya  dilaporkan positif Covid-19 pada 20 Dis lepas melalui saringan individu bergejala, dan sehingga kini 26 individu telah disaring dengan 14 kes dikesan positif. 

Beliau berkata terdapat 271 kluster yang telah tamat termasuk tiga kluster tamat hari ini iaitu Kluster Kerengge, Kluster Alila dan Kluster Gemilang, menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah 213 kluster. 

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah itu, 45 kluster melaporkan pertambahan kes hari ini, dengan yang tertinggi adalah Kluster Tampoi Jaya (78 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Stadium (63 kes) dan Kluster Beringin (30 kes).

Related posts

Leave a Comment