Arab Saudi kembali kepada 300

RIYADH 25 Nov. – Arab Saudi merekodkan 326 kes baharu, satu peningkatan kes selepas lima hari mencatatkan angka di bawah 300 kes.

Kali terakhir melebihi 300 kes adalah pada 19 November lalu dengan catatan 319 kes sementara semalam 252 dan sebelum itu 231; 224; 221 dan 286.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 356,067 kes.

Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula meningkat kepada 5,825 termasuk 14 kes baharu yang dilaporkan hari ini.

Sebanyak 476 kes dilaporkan pulih menjadikan jumlah keseluruhan 344,787 pesakit sembuh atau 97 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu Riyadh mencatatkan kes tertinggi dengan 61 kes diikuti Makkah 27,  Madinah 26 dan Jeddah 17.

Related posts

Leave a Comment