𝟭) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗛𝗜𝗚𝗛𝗪𝗔𝗬, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Belud, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12205) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 3 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti 22 lagi kes
positif COVID-19. Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana:
• 23 kes dikesan positif COVID-19; dan
• 36 individu negatif.
𝟮) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗡𝗚𝗚𝗜𝗦, 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥
Kluster baharu ini melibatkan daerah Tawau, Sabah dan daerah Kuala Langat, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12866) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 5 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti 7 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 107 individu telah disaring, di mana:
• 8 kes dikesan positif COVID-19;
• 26 individu negatif; dan
• 73 individu masih menunggu keputusan.
𝟯) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔, 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Gombak dan Petaling, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12549) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 4 Oktober 2020. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti 9 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 114 individu telah
disaring, di mana:
• 10 kes dikesan positif COVID-19;
• 15 individu negatif; dan
• 89 individu masih menunggu keputusan.
𝟰) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗧𝗔𝗦𝗜𝗞, 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥
Kluster baharu ini melibatkan Miri, Sarawak dan daerah Petaling, Hulu Langat dan Klang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13489) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di pintu masuk ke negeri Sarawak pada 3 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Miri. Saringan kontak rapat telah mengesan 9 lagi kes positif COVID19. Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 15 individu telah disaring, di mana:
• 10 kes dikesan positif COVID-19;
• 1 individu negatif; dan
• 4 individu masih menunggu keputusan.
𝟱) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗦𝗜𝗠𝗘𝗥𝗔, 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥
Kluster baharu ini melibatkan daerah Besut di negeri Terengganu, daerah Kuantan di negeri Pahang, daerah Petaling, Klang dan Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13991) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil individu bergejala pada 6 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengesan 7 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 126 individu telah disaring, di mana:
• 8 kes dikesan positif COVID-19;
• 88 individu negatif; dan
• 30 individu masih menunggu keputusan.
𝟲) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔, 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Bintulu, Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14696) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di pintu masuk ke negeri Sarawak pada 8 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Bintulu, Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengesan 4 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana:
• 5 kes dikesan positif COVID-19;
• 2 individu negatif; dan
• 50 individu masih menunggu keputusan
