Bersama paling ramai hilang deposit

KUALA LUMPUR  15 Nov. – Parti Bersama Malaysia (Bersama) mencatatkan jumlah calon paling ramai kehilangan wang deposit apabila 15 daripada 16 calon yang bertanding atas tiket parti itu gagal memperoleh undi minimum ditetapkan.

Sebanyak 26 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka ke-16.

Selain Bersama, lima calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga gagal memberikan impak pada PRN kali ini apabila lima  calon kehilangan wang deposit daripada tujuh kawasan yang ditandingi 

Dalam pada itu Pakatan Harapan (PH) menyaksikan dua daripada 24 calonnya berdepan nasib sama.manakala Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang meletakkan calon tunggal di DUN Gadek serta tiga calon Bebas tewas dan hilang wang deposit di kawasan ditandingi.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) Rais Yasin di DUN Sungai Udang menang dengan majoriti tertinggi, iaitu 16,214 undi, menewaskan calon Bersatu dan Bersama yang masing-masing mendapat 2,103 serta 1,322 undi.

Kerusi DUN Sungai Udang pula adalah antara kerusi tumpuan kali ini, yang menyaksikan sebanyak 22,195 daripada 29,692 pengundi berdaftar keluar mengundi semalam.

Calon BN Datuk Ngwe Hee Sem, yang memperoleh 6,686 undi, mencatatkan majoriti terendah selepas menang dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Machap Jaya membabitkan calon PH Datuk Ginie Lim Siew Lin dan Prasanth Kumar Brakasam daripada Bersama.

Kerusi DUN Machap Jaya disandang Ngwe yang menang dengan majoriti 938 pada PRN Melaka 2021.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment