Amaran jika AS serang semula Iran

TEHRAN – Angkatan tentera dan rakyat Iran akan menentukan masa dan syarat bagi menamatkan konflik sekiranya “musuh melancarkan semula serangan”, demikian ingatan Pemimpin Agung Iran Mojtaba Khamenei.

Khamenei dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh penyiar milik kerajaan, IRIB juga

mengarahkan komander kanan memberikan “tindak balas segera dan berkesan, tanpa sekatan geografi terhadap sebarang kemungkinan ancaman musuh.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Khamenei mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan tentera.

Beliau turut mengarahkan supaya senarai sasaran dikemas kini bagi memastikan semua aset Amerika Syarikat (AS) dan Israel berada “dalam jangkauan angkatan tentera” Iran.

Terdahulu, jurucakap tentera Iran Mohammad Akraminia, menegaskan bahawa perang yang tercetus semula akan “merebak ke kawasan yang jauh lebih luas” sekiranya Presiden Donald Trump “mengulangi tindakan mencetuskan ketegangan di rantau ini” bersama Israel.

Related posts

Leave a Comment