Yaman lancar operasi ketenteraan baharu

TAIZ – Kerajaan Yaman mengumumkan pelancaran operasi ketenteraan baharu bagi merampas semula semua wilayah yang masih dikuasai kumpulan Houthi.

Ketua Majlis Kepimpinan Presiden Yaman, Rashad al-Alimi berkata, operasi berkenaan bertujuan mengembalikan sepenuhnya kuasa kerajaan ke seluruh

“Hari ini saya mengumumkan permulaan operasi ketenteraan untuk membebaskan baki wilayah republik dan memperluaskan kuasa negara serta institusinya ke seluruh wilayah kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengarahkan semua pasukan bersenjata melaksanakan tugas masing-masing berdasarkan pelan yang telah diluluskan sehingga negara itu dibebaskan daripada cengkaman militan Houthi.

Pengumuman itu dibuat hanya beberapa jam selepas Houthi berjaya memutuskan laluan bekalan penting yang menghubungkan bandar Taiz dengan Aden, ibu kota sementara kerajaan Yaman, menurut beberapa sumber keselamatan.

Houthi dilaporkan terus mencatat kemajuan di medan perang sehingga berjaya hampir mengepung sebuah bandar yang dikuasai kerajaan.

Yaman berdepan tekanan selepas kehilangan kawasan luas di pesisir Laut Merah serta wilayah sekitar Selat Bab al-Mandab, laluan strategik perdagangan maritim antarabangsa, susulan serangan pantas dilancarkan Houthi yang disokong Iran.

Kerajaan Yaman juga setakat ini bergelut untuk mengekang kemaraan kumpulan itu walaupun mendapat sokongan ketenteraan Arab Saudi. 

Beliau turut mengarahkan semua pasukan bersenjata melaksanakan tugas masing-masing berdasarkan pelan yang telah diluluskan sehingga negara itu dibebaskan daripada cengkaman militan Houthi.

Pengumuman itu dibuat hanya beberapa jam selepas Houthi berjaya memutuskan laluan bekalan penting yang menghubungkan bandar Taiz dengan Aden, ibu kota sementara kerajaan Yaman, menurut beberapa sumber keselamatan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment