Tabung Solidariti Najib Razak dilancar

SEPANG 18 Sept. – UMNO melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu bekas Perdana Menteri itu membayar denda RM50 juta sebagai syarat menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Setiausaha Agung UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, inisiatif berkenaan dilaksanakan susulan perkembangan terkini membabitkan Najib yang mendapat pengampunan bersyarat bagi menjalani baki hukuman.

Katanya, penubuhan tabung itu merupakan inisiatif Presiden UMNO, Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai tanda keprihatinan dan solidariti seluruh keluarga UMNO serta rakyat Malaysia yang mahu memberikan sokongan kepada Najib.

“Inisiatif ini dizahirkan sebagai tanda keprihatinan dan solidariti seluruh keluarga UMNO serta rakyat Malaysia yang ingin bersama-sama memberikan sokongan kepada Datuk Seri Najib yang banyak jasanya pada negara.

Justeru, kepemimpinan , ahli UMNO serta seluruh masyarakat dijemput untuk menyumbang secara sukarela mengikut kemampuan masing-masing,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan melalui nombor akaun di bawah yang diseliakan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia:

Nama Akaun :

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)

Nombor Akaun : 8604886094

Bank: CIMB ISLAMIC

Related posts

Leave a Comment