PBB gesa AS, Iran sambung rundingan

WASHINGTON – Ketika tempoh 60 hari untuk mencapai perjanjian lebih menyeluruh semakin hampir berakhir, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menyambung semula rundingan.

Pada masa sama, PBB memberi amaran bahawa konflik itu tidak boleh diselesaikan melalui tindakan ketenteraan.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric memberitahu, pendirian Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres kekal tidak berubah sejak AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Feb.

“Pendiriannya,  konflik ini tidak boleh di selesaikan melalui tindakan ketenteraan dan beliau menggesa Iran dan Amerika Syarikat menyambung semula rundingan ke arah penyelesaian secara aman dan berkekalan secepat mungkin,” kata Dujarric.

Sebelum ini, jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei berkata, tempoh 60 hari untuk rundingan dengan AS susulan memorandum persefahaman pada 17 Jun hilang relevan selepas pencabulan “terang-terangan” oleh Washington.

Nnn

Related posts

Leave a Comment