Dua kematian pertama wabak cyclospora

WASHINGTON – Pegawai kesihatan Michigan mengesahkan dua kematian pertama yang dikaitkan dengan wabak jangkitan parasit cyclospora, penyakit bawaan makanan direkodkan di Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua mangsa mempunyai masalah kesihatan sedia ada yang serius, yang dipercayai menjadi lebih buruk akibat jangkitan cyclospora serta dehidrasi, penyakit yang boleh menyebabkan cirit-birit teruk dan dehidrasi.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, hampir 7,000 kes yang disahkan melalui ujian makmal telah dilaporkan di 45 negeri setakat ini.

Namun, kematian akibat penyakit itu dianggap jarang berlaku kerana jangkitan cyclospora lazimnya tidak mengancam nyawa.

Michigan dikenal pasti sebagai pusat utama wabak berkenaan dengan lebih 11,000 kes direkodkan, termasuk 193 kemasukan ke hospital, walaupun sebahagian besar kes belum disahkan melalui ujian makmal.

Parasit yang menjangkiti usus itu disebarkan melalui makanan atau air yang tercemar dengan najis.

Wabak sebelum ini pernah dikaitkan dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang diairi menggunakan air tercemar.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment