Wawasan masuk gelanggang di Negeri Sembilan

PETALING JAYA 9 Julai – Parti Wawasan Negara akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan ke-16 yang dijadualkan pada 1 Ogos nanti, kata Presidennya,  Hamzah Zainudin.

Bagaimanapun Hamzah berkata, jumlah kerusi yang bakal ditandingi akan dibincangkan bersama dengan kepemimpinan Perikatan Nasional (PN)

“Dari perbincangan itu nanti, kita akan memastikan sejumlah kerusi diperuntukkan kepada parti. Secara kasarnya, perbincangan sudah pun bermula, cuma saya tidak dapat mengesahkan jumlah kerusi itu sehingga mesyuarat rasmi PN diadakan.

Saya bukan seorang yang suka membuat pengumuman lebih awal sebelum mendapat persetujuan jawatankuasa,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Parti Wawasan Negara pertama, di sini, hari ini.

Hamzah berkata, sebelum ini, Wawasan Negara memilih untuk tidak bertanding pada PRN Johor atas pertimbangan untuk mengelakkan perpecahan dalam kalangan parti gabungan.

Tetapi pada PRN Negeri Sembilan nanti, insya Allah kita akan masuk gelanggang. Dan gelanggang kali ini adalah sesuatu yang mungkin berbeza dengan apa yang berlaku di Johor.

“Maka sebab itu, hari ini kita bincang bagaimana kalau kita masuk gelanggang nanti atas bendera mana, siapa pengarah pilihan raya, semua ini kita bincang secara terperinci,” katanya.

Mengenai kebenaran menukar nama Wawasan Negara, Hamzah berkata parti itu sudah menerima surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 7 Julai lalu dan ia sudah diluluskan.

“Wawasan Negara sudah pun mendapat kelulusan menukar nama, alamat, kebenaran pindaan undang-undang di bawah Seksyen 11 dan menggunakan bendera, lambang, tanda atau lencana di bawah Seksyen 50.

“Dalam masa yang sama, parti juga memperkenalkan gagasan Konsensus Nasional Baharu yang dibina berasaskan tiga tonggak utama iaitu Matlamat Bersama, Kemakmuran Bersama dan Tadbir Urus Berperikemanusiaan sebagai hala tuju perjuangan parti,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment