MUDA tanding 4 kawasan di Johor

SEPANG 22 Jun – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengesahkan meletakkan calon di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor, 11 Julai depan.

Presidennya, Amira Aisya Abdul Aziz berkata, kerusi-kerusi itu adalah DUN Puteri Wangsa, Bukit Batu, Maharani dan DUN Simpang Jeram.

Amira yang tidak mempertahankan kerusi Puteri Wangsa yang dimenanginya sebelum ini mengumumkan Ketua Pegawai Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa, Rashifa Aljunied, 26, sebagai calon bagi kerusi itu.

Kerusi DUN Bukit Batu akan ditandingi Premanand, 53, dan bagi kerusi Maharani, MUDA mempertaruhkan Amir Jack, pegawai kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Setiausaha Agung MUDA, Ainie Haziqah Shafii, 36 akan diletakkan bertanding di kerusi Simpang Jeram.

MUDA pada 2022, bertanding di tujuh kerusi DUN iaitu Tenan, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa, Bukit Permai dan Larkin di mana MUDA hanya memenangi satu kerusi, iaitu DUN Puteri Wangsa menerusi Amira.

Amira Aisya sebelum ini memutuskan untuk tidak bertanding di kerusi DUN Puteri Wangsa sebaliknya memilih untuk ke Parlimen.

Amira Aisya berkata, keputusan itu dibuat bagi memperkukuhkan perjuangan rakyat di peringkat nasional dan memastikan suara generasi muda, golongan pekerja serta rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup terus dibawa ke parlimen.

“Selepas empat tahun berkhidmat di Puteri Wangsa, banyak isu yang sebenarnya di bawah bidang kuasa Parlimen. Lantang mana pun kita angkat suara rakyat, tetapi tiada polisi dan dasar yang boleh digubal di peringkat DUN kerana ia bidang kuasa Parlimen,” katanya.

Menurut Amira Aisya, hasratnya bertanding di Parlimen sudah dibawa kepada pimpinan MUDA dan beliau berhasrat untuk memberi fokus kerusi Parlimen di daerah Johor Bahru.

“Saya boleh cakap sekarang, sudah tentu saya ada nilai sentimental yang sangat tinggi di Puteri Wangsa dan juga di kerusi Tebrau.

“Tetapi, saya ini dilahirkan di Kampung Melayu Majidee dan seluruh Johor Bahru ini adalah taman permainan saya dari kecil. Mana-mana kerusi nanti kita akan putuskan di peringkat pimpinan, tetapi macam yang saya kongsikan fokus saya adalah angkat suara Puteri Wangsa dan Johor Bahru di Parlimen.

“Saya tidak mahu jadi seperti parti-parti lama yang hanya fikir strategi menang dan kuasa semata-mata, tetapi saya mahu fikir bagaimana cara untuk berkhidmat pada rakyat,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment