DUN Johor bubar hari ini 1 Jun 2026

JOHOR BAHRU 1 Jun – Menteri Besar Johor  Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuat kuasa hari ini selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail pagi tadi.

Katanya , watikah pembubaran DUN Johor Ke-15 telah diperkenankan berkuat kuasa hari ini selaras Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.

“Pembubaran ini dibuat bagi memberi laluan kepada proses demokrasi. Keputusan ini dibuat dengan niat memastikan rakyat Johor terus memiliki kerajaan stabil dan kukuh,” katanya pada sidang media di Kediaman Menteri Besar Johor, di sini, hari ini.

Beliau turut menzahirkan harapan agar keharmonian serta muafakat rakyat Johor terus terpelihara.

“Semoga Allah SWT memelihara negeri Johor, melindungi rakyat serta dikurniakan kestabilan, kemakmuran dan keberkatan,” katanya lagi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri, diikuti Pakatan Harapan (PH) dengan 12 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi dan Muda satu kerusi.

Nnn

Related posts

Leave a Comment