GENEVA – Tiada kematian baharu akibat wabak hantavirus yang dikaitkan dengan kapal persiaran dilaporkan sejak 2 Mei lalu manakala risiko kesihatan awam global kekal rendah, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menerusi hantaran di platform X, Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata sebanyak 11 kes dilaporkan kepada agensi itu setakat 12 Mei lalu.
Menurut Tedros, lapan daripada kes berkenaan disahkan melalui ujian makmal sebagai jangkitan disebabkan virus Andes dan virus ini juga boleh merebak antara manusia melalui kontak rapat secara berpanjangan, khususnya dalam ruang tertutup.
Beliau berkata satu lagi kes masih menjalani ujian makmal lanjut dan WHO terus menilai risiko kepada populasi global sebagai rendah.
