Pelajar 10A ikuti matrikulasi secara automatik

SEPANG 7 April – DAP meminta kerajaan meneruskan dasar untuk memastikan semua pelajar cemerlang SPM 2025 yang mendapat 10A ke atas baru-baru ini diberikan penempatan secara automatik dalam program matrikulasi.

Pada masa yang sama, pelajar cemerlang yang lain turut diberi pertimbangan yang sewajarnya mengikut kapasiti sedia ada.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam satu kenyataan media hari ini berkata, ketetapan itu dibuat pada mesyuarat bulanan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu malam tadi.

Loke berkata, mesyuarat diberi taklimat berkenaan perkembangan terkini kesan konflik di Asia Barat terhadap krisis tenaga global dan kemungkinan masalah bekalan minyak yang akan dihadapi oleh negara kita selepas bulan Mei.

Mesyuarat katanya telah berbincang berkenaan impak krisis tersebut dan isu-isu semasa yang lain dan mengambil beberapa ketetapan.

Katanya, semua pemimpin dan wakil rakyat DAP diarah memberi penerangan kepada masyarakat berkenaan keseriusan krisis tenaga global serta keperluan untuk semua pihak mengambil langkah menjimatkan pengunaan tenaga dan kenderaan secara berhemah untuk mengurangkan permintaan terhadap minyak.

Di samping DAP menyokong usaha berterusan kerajaan untuk mengurus krisis global ini secara tuntas demi kelangsungan ekonomi negara dan kehidupan rakyat serta memastikan sumber negara diurus dengan berhemah.

Mesyuarat juga mengarahkan wakil parti dalam Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pengasingan Kuasa Peguam Negara untuk memastikan penambahbaikan RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan tersebut dapat diselesaikan dalam kadar segera dan dibentangkan ke Parlimen pada sidang bulan Jun kelak.

DAP juga menyokong tindakan tegas dan keras oleh kerajaan terhadap pemandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol yang menyebabkan kematian tanpa pilih kasih untuk memberi mesej yang kuat kepada semua pemandu untuk sentiasa bertanggungjawab demi keselamatan bersama di jalan raya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment