Bersiap hadapi operasi darat di Iran

ANKARA – Ribuan tentera Amerika Amerika Syarikat (AS) dikerahkan ke Asia Barat, sebagai persiapan Pentagon menghadapi kemungkinan operasi darat di Iran, satu “fasa baharu perang” yang mungkin “jauh lebih berbahaya” bagi tentera AS.

Sebarang misi darat dijangka tidak membabitkan pencerobohan berskala penuh dan boleh membabitkan serangan oleh pasukan Operasi Khas serta infantri konvensional, menurut pegawai yang tidak dinamakan.

Mereka berkata operasi itu yang sedang menunggu keputusan Presiden Donald Trump boleh mendedahkan anggota tentera kepada “dron dan peluru berpandu, tembakan darat dan letupan”.

Pegawai berkata misi yang berkemungkinan boleh berlangsung “minggu-minggu, bukan bulan”, manakala sesetengah pihak menganggarkan “beberapa bulan”.

Trump sebelum ini berkata, “Saya tidak akan menempatkan tentera di mana-mana,” manakala Setiausaha Negara, Marco Rubio menyatakan bahawa ia “tidak akan menjadi konflik yang berpanjangan” dan boleh mencapai objektif “tanpa tentera darat”.

Seramai 13 tentera AS terbunuh dan lebih 300 cedera dalam serangan di seluruh rantau sejak perang bermula pada akhir Februari, menurut pegawai.

Pendapat awam masih berpecah, dengan tinjauan menunjukkan 62 peratus menentang penempatan tentera darat ke Iran, manakala 12 peratus menyokong langkah itu.

Related posts

Leave a Comment