Sejuta sedia hadapi serangan darat

TEHRAN – Lebih sejuta anggota tentera digerakkan sebagai persediaan Iran menghadapi kemungkinan serangan darat Amerika Syarikat (AS),

Spekulasi mengenai potensi “kesilapan bersejarah” Washington melancarkan pencerobohan dari bahagian selatan Iran dikatakan telah mencetuskan gelombang kesediaan dalam kalangan pejuang darat negara itu.

Menurut sumber, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dan tentera Iran menerima kemasukan permohonan besar-besaran daripada golongan belia yang mahu menyertai pertahanan negara.

“Jika AS memilih taktik bunuh diri untuk membuka Selat Hormuz, kami sudah bersedia. Sama ada mereka mahu melaksanakan strategi itu atau biarkan selat terus ditutup, keputusan di tangan mereka,” kata sumber itu.

Related posts

Leave a Comment