Iran perunding hebat, bukan bodoh

WASHINGTON – Presiden Amerika ASyarikat (AS), Donald Trump, memberi bayangan yang beliau tidak pasti sama ada AS bersedia mencapai perjanjian dengan Iran, walaupun mendakwa Tehran berminat untuk berunding.

Dalam mesyuarat Kabinet di Rumah Putih, Trump dilaporkan berkata Iran ‘bukan bodoh’ dan adalah perunding yang bijak.

“Iran adalah perunding hebat dan mereka ‘merayu’ untuk mencapai persetujuan. Saya tidak tahu sama ada kita boleh melakukannya. Saya juga tidak pasti sama ada kita bersedia untuk berbuat demikian,” katanya.

Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump menyifatkan perunding Iran sebagai ‘berbeza dan pelik’ serta menggesa mereka supaya lebih serius terhadap cadangan damai AS.

“Iran ‘merayu’ untuk mencapai perjanjian, yang sememangnya patut mereka lakukan kerana mereka ditewaskan secara ketenteraan tanpa peluang untuk bangkit semula, namun mereka secara terbuka menyatakan hanya ‘meneliti cadangan kami’,” katanya.

Beliau turut menggesa Iran ‘bertindak serius dengan segera sebelum terlambat’, sambil memberi amaran bahawa tiada jalan berpatah balik dan situasi boleh menjadi buruk.

AS dilaporkan mengemukakan pelan 15 perkara kepada Iran, merangkumi program nuklear dan peluru berpandu balistik Tehran serta aspek keselamatan maritim di Selat Hormuz.

Iran bagaimanapun menolak cadangan itu dengan menegaskan sebarang gencatan senjata hanya akan berlaku mengikut syarat dan garis masa mereka, selain mengemukakan lima syarat termasuk menghentikan sepenuhnya ‘pencerobohan dan pembunuhan’.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment