Pentagon mohon dana tambahan

WASHINGTON – Pentagon sedang memohon dana tambahan AS$200 bilion (RM251 bilion) daripada Kongres untuk membiayai perang Amerika Syarikat (AS)-Israel dengan Iran, kata Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth.

Bagaimanapun Hegseth tidak menyatakan mengenai jumlah peruntukan diperlukan,dan tiada ‘garis masa’ ditetapkan, mengenai pengakhiran perang berkenaan.

“Setakat ini AS$200 bilion, saya rasa jumlah itu boleh berubah. Sudah tentu kita memerlukan dana yang besar untuk menewaskan musuh. Kami akan kembali ke Kongres untuk memastikan memperoleh jumlah dana diperlukan dan apa yang mungkin perlu dilakukan pada masa depan,” katanya.

Setakat ini, jumlah sebenar kos perang terbabit masih belum didedahkan kepada umum dan jumlah keseluruhannya bergantung kepada berapa lama kempen perang AS-Israel terhadap Iran yang dilancarkan pada 28 Februari itu berlanjutan.

Bagaimanapun, menurut juruaudit Pentagon dalam laporannya kepada penggubal undang-undang, jumlahnya boleh menjadi besar, dianggarkan dalam tempoh enam hari pertama perang, ia menelan belanja AS$11.3 bilion (RM14.23 bilion).

Related posts

Leave a Comment