Mukhriz kekal bersama Pejuang

PETALING JAYA 9 Mac. – Bekas Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir menegaskan tidak akan kembali menyertai UMNO, sebaliknya akan terus kekal bersama parti yang dipimpinnya Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Mukhriz menyifatkan persoalan mengenai kepulangannya ke pangkuan parti itu sebagai sesuatu yang mengejutkan.

“Terkejut saya soalan itu. Tidak ada kemungkinan untuk saya kembali ke UMNO.

“Absolutely not (sama sekali tidak),” katanya selepas pelancaran kempen ‘Tangkap Azam Baki’ bersama-sama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Pejuang hari ini.

Beliau akan terus kekal bersama Pejuang kerana menyifatkan UMNO kini sudah jauh terpesong daripada landasan dan matlamat asal penubuhannya.

“UMNO yang ada pada hari ini bukan lagi parti yang dikenali dahulu, malah ‘roh’ perjuangan asal UMNO kini sebenarnya berada dalam Pejuang. Ramai di antara kami dalam Pejuang asalnya daripada UMNO, kemudian ke Bersatu, dan kini dalam Pejuang.

“Kami sudah ‘ditapis’ dua kali, yang ada dalam Pejuang hari ini adalah golongan hardcoreperjuangan,” katanya.

Diminta mengulas mengenai usaha penyatuan politik Melayu, beliau menyatakan Pejuang sentiasa menyokong hasrat tersebut, namun ia tidak boleh dilakukan secara semberono.

“Integriti adalah syarat mutlak yang tidak boleh dikompromi dalam membawa agenda perpaduan kaum Melayu di negara ini. Kita menyokong sepenuhnya hasrat untuk menyatukan politik Melayu.

Cumanya, pada pandangan Pejuang, ada satu syarat iaitu mestilah ada integriti.

Jadi, kita bermasalah sedikit kalau nak suruh bersatu dengan golongan kleptokrat,” katanya.

NNnn

Related posts

Leave a Comment