Rafizi jawab surat tunjuk sebab

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Mohd Rafizi Ramli sudah menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan PKR terhadapnya susulan kenyataannya bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) tetapi bukan atas tiket PKR.

Surat bertarikh hari ini iaitu hari terakhir Ahli Parlimen Pandan itu perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut yang bertarikh 23 Februari.

Rafizi berkata, temu ramah dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily yang dirujuk dalam surat itu mempunyai maksud seperti boleh difahami individu dengan penguasaan bahasa Melayu yang baik.

“Kenyataan dalam temu ramah berkenaan mempunyai maksud berikut: Saya akan kekal sebagai anggota Keadilan dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan sehinggalah Parlimen dibubarkan bagi tujuan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Saya berhak memiliki perancangan sendiri selepas Parlimen dibubarkan dan tidak lagi terikat dengan peruntukan bersabit pertukaran parti oleh Ahli Parlimen di tengah-tengah penggal.

“Jika kenyataan ini difahami mengikut pemahaman bahasa Melayu waras, ia tidak memerlukan tafsiran merumitkan seperti cuba diajukan di dalam surat tunjuk sebab berkenaan,” katanya dalam surat bertarikh hari ini yang dimuat naik di Facebook malam ini.

Semalam, Fuziah dilaporkan berkata, Rafizi diberi tempoh sehingga hari ini, bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya bertanding pada PRU16 bukan atas tiket PKR.

Rafizi berkata, surat berkenaan memberi bayangan seolah-olah PKR cuba mentafsirkan kenyataan beliau berhasrat bertanding di Parlimen Pandan bukan atas tiket PKR sebagai pengisytiharan keluar parti.

“(Kenyataan berkenaan dianggap) menggugurkan kedudukan saya sebagai Ahli Parlimen dan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan,” kata bekas Timbalan Presiden PKR itu.

Pada Khamis lalu, Rafizi turut mengesahkan menerima notis tunjuk sebab daripada PKR atas alasan beliau mengisytiharkan keluar parti.

Sementara itu, Rafizi berkata, surat berkenaan memberi bayangan seolah-olah PKR cuba mentafsirkan kenyataan beliau berhasrat bertanding di Parlimen Pandan bukan atas tiket PKR sebagai pengisytiharan keluar parti.

“(Kenyataan berkenaan dianggap) menggugurkan kedudukan saya sebagai Ahli Parlimen dan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan,” kata bekas Timbalan Presiden PKR itu.

Related posts

Leave a Comment