IS mengaku letupan berani mati

ISLAMABAD – Kumpulan Islamic State (IS) mengaku bertanggungjawab terhadap letupan berani mati di sebuah masjid di ibu negara Pakistan, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang dan turut mencederakan 169 orang, lapor Kumpulan Perisikan SITE

IS mendakwa, pejuang syahid meletupkan jaket di tengah-tengah jemaah Syiah sebaik tiba di pintu pagar tempat ibadah, menyebabkan sejumlah besar kematian dan kecederaan,

Media sebelum ini melaporkan kejadian berlaku di Imambargah, tempat ibadah bagi penganut Syiah yang terletak di kawasan Shehzad Town, Islamabad

Sementara itu, pasukan  forensik menjalankan siasatan di masjid penganut Syiah itu susulan kejadian yang berlaku ketika solat Jumaat sedang berlangsung.

Dua pegawai polis berkata, penyerang terbabit telah ditahan di pintu masuk masjid sebelum meletupkan bahan letupan yang dibawanya.

Menurut pemantau konflik ACLED, serangan itu merupakan insiden pengeboman bunuh diri paling berdarah di Islamabad dalam tempoh lebih sedekad.

Penganut Syiah, yang merupakan minoriti dalam negara majoriti Sunni berpenduduk sekitar 241 juta orang, sering menjadi sasaran keganasan berunsur mazhab pada masa lalu.

Kumpulan seperti Daesh dan kumpulan Tehreek-e-Taliban Pakistan pernah dipersalahkan dalam serangan-serangan seumpama itu di Pakistan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment