Modi mulakan lawatan rasmi dua hari

SEPANG 7 Feb. – Perdana Menteri India, Narendra Modi tiba di Malaysia hari ini untuk memulakan lawatan rasmi dua hari atas undangan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Pesawat membawa Modi dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4.40 petang. Ketibaannya disambut oleh Anwar dan turut hadir menyambut ketibaan Modi ialah Menteri Sumber Manusia,  R Ramanan selaku menteri pengiring. Beliau kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, yang diketuai oleh Kapten Mohd Afiq…

Read More

Kuil: Tangani ikut undang-undang

GOMBAK 7 Feb. – Anwar Ibrahim menegaskan isu pembinaan kuil tanpa kebenaran mesti ditangani mengikut peraturan dan undang-undang, sama seperti pembinaan masjid, surau atau gereja. Perdana Menteri, berkata bantahan terhadap pembinaan kuil haram boleh dilakukan, namun ia perlu dibuat secara berhemah tanpa menimbulkan permusuhan atau hasutan yang boleh menggugat keselamatan negara. “Saya tegaskan, kawan-kawan India, pernahkah saya tidak setuju dengan pertambahan kuil yang mengikut peraturan? Mesti ikut peraturan. Sama seperti masjid, surau atau gereja,” katanya di Konvensyen Keadilan Selangor di sini. Anwar yang juga Presiden Keadilan turut mengingatkan bahawa tindakan…

Read More

Amaran PM, ‘tahan, humban mereka’

GOMBAK 7 Feb. – Anwar Ibrahim memberi amaran, akan mengambil tindakan maksimum kepada mana-mana pihak yang mengganggu gugat keselamatan, ketika negara dihadiri tetamu, Perdana Menteri India, Narendra Modi. Perdana Menteri berkata, pada mesyuarat Kabinet semalam, beliau memberi arahan tegas kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk mengambil tindakan itu selain mesej kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail. Amaran beliau dipercayai merujuk kepada satu perhimpunan yang dirancang diadakan di ibu negara malam ini, anjuran Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) disertai 141 pertubuhan bukan kerajaan…

Read More

GARAH mahu terus berhimpun

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Penyelaras Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) berhasrat meneruskan perhimpunan di ibu kota, malam ini walaupun polis memutuskan tidak membenarkannya atas faktor keselamatan awam. Pendirian itu disuarakan Penyelaras perhimpunan, Zamri Vinoth, menerusi beberapa hantaran di media sosial, menegaskan perhimpunan berkenaan tetap dirancang berlangsung di perkarangan Kompleks Sogo pada jam 8 malam. “Himpunan ON,” kata Zamri menerusi hantaran di Facebooknya selepas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus, mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan perhimpunan berkenaan. Beliau menegaskan tugas PDRM adalah menjaga keselamatan dan memastikan perhimpunan berjalan…

Read More

Polis larang Perhimpunan GARAH

KUALA LUMPUR 7 Feb . – Polis tidak membenarkan Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang dijadual berlangsung di ibu kota malam ini, diteruskan atas faktor keselamatan awam dan risiko gangguan ketenteraman. Ketua Polis Kuala Lumpur,  Fadil Marsus, dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat selepas membuat pertimbangan menyeluruh berdasarkan risikan keselamatan yang dijalankan pihak polis. Polis juga menerima surat bantahan daripada pemilik premis Kompleks Sogo, Pertama Kompleks, Harissons serta beberapa premis lain di sekitar lokasi perhimpunan berhubung kebimbangan terhadap keselamatan pelanggan mereka. “Maklumat bebas juga diperoleh akan berlaku…

Read More

AS umum sekatan bendung eksport minyak

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan baharu bagi membendung eksport minyak Iran, termasuk menyasarkan 14 kapal,  sejurus selepas kedua-dua pihak menamatkan rundingan tidak langsung selama sehari di Oman. Jurucakap Jabatan Negara, Tommy Pigott, berkata Iran menggunakan hasil minyak untuk membiayai aktiviti yang menggugat kestabilan di seluruh dunia serta memperhebat penindasan di dalam negara. “Presiden Donald Trump juga komited untuk mengekang eksport minyak dan petrokimia haram rejim Iran di bawah kempen tekanan maksimum pentadbiran ini,” katanya dalam satu kenyataan. Jabatan Negara memaklumkan ia akan mengarahkan sekatan terhadap sebarang transaksi membabitkan…

Read More

IS mengaku letupan berani mati

ISLAMABAD – Kumpulan Islamic State (IS) mengaku bertanggungjawab terhadap letupan berani mati di sebuah masjid di ibu negara Pakistan, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang dan turut mencederakan 169 orang, lapor Kumpulan Perisikan SITE IS mendakwa, pejuang syahid meletupkan jaket di tengah-tengah jemaah Syiah sebaik tiba di pintu pagar tempat ibadah, menyebabkan sejumlah besar kematian dan kecederaan, Media sebelum ini melaporkan kejadian berlaku di Imambargah, tempat ibadah bagi penganut Syiah yang terletak di kawasan Shehzad Town, Islamabad Sementara itu, pasukan  forensik menjalankan siasatan di masjid penganut Syiah itu susulan kejadian yang…

Read More