Nafi serah tanah kepada Indonesia

KUALA LUMPUR 4 Feb. –  Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kawasan seluas 5,207 hektar yang dituntut oleh Indonesia baru-baru ini bukan merupakan milik mana-mana negara sebelum ini.

Perdana Menteri menjelaskan, kawasan Masalah Sempadan Tertangguh (OBP) antara Malaysia dan Indonesia tidak boleh dianggap sebagai kawasan milik mana-mana pihak kerana ia belum diputuskan kedua-dua negara.

“Justeru laporan media bahawa Malaysia menyerahkan tanah berkenaan kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan adalah tidak benar dan satu penipuan,” katanya.

Jelasnya penentuan jajaran sempadan darat Malaysia–Indonesia tidak pernah dibuat berdasarkan prinsip pampasan, timbal balik atau untung rugi, sebaliknya berpandukan kepada undang-undang antarabangsa.

Beliau merujuk laporan yang mendakwa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan, berdekatan sempadan Sabah dan Kalimantan iaitu Kampung Kabungalor, Kampung Lepaga dan Kampung Tetagas.

Beliau berkata, ini kerana kawasan itu adalah kawasan rundingan dan penentuan sempadan yang masih belum dimuktamadkan sejak dahulu lagi.

Secara dasarnya, pendirian kerajaan jelas tertakluk kepada undang-undang, perjanjian dan konvensyen yang berkuat kuasa. Dalam hal terkait persempadanan semula dengan Indonesia, kita juga amat menghormati kesepakatan bersama sebagai negara sahabat di antara Malaysia dan Indonesia.

“Atas penentuan sempadan darat antarabangsa Malaysia dengan Republik Indonesia adalah berdasarkan dua konvensyen dan satu perjanjian, ” katanya pada Sesi Penerangan Khas Parlimen Isu sempadan Malaysia-Indonesia di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, bagi keseluruhan Sabah dan Sarawak, konvensyen persempadanan antara kerajaan British dan Belanda, Boundary Convensyen 1891.

Beliau berkata, bagi Sabah, ia dibuat melalui Perjanjian Persempadanan antara kerajaan British dan kerajaan Belanda, Boundary Agreement 1915.

“Untuk sebahagian kecil sektor di Sarawak, Konvensyen Persempadanan antara Kerajaan British dan Belanda yang telah ditandatangani di The Hague pada 26 Mac 1928, Boundary Convention 1928,” katanya.

Menurut Anwar, berdasarkan rundingan dan pengukuran yang dijalankan sejak 1977, Malaysia memperoleh kawasan tambahan seluas 780 hektar di kawasan OBP Sungai Sinapat dan Sungai Sesai, manakala selebihnya seluas 5,987 hektar kekal di bawah Indonesia kerana kawasan tersebut sememangnya berada dalam petak peta Indonesia sejak 1915.

Tambah beliau, sebahagian kecil kawasan melibatkan Kampung Kabunggalo, Kampung Lempaga dan Kampung Tetagas secara automatik termasuk dalam wilayah Malaysia dan dimasukkan ke Sabah selepas penentuan sempadan dimuktamadkan.

Katanya, sepanjang rundingan, Kerajaan Sabah dilibatkan sepenuhnya termasuk Pejabat Ketua Menteri, Pejabat Peguam Negeri, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, dengan setiap inci tanah dirunding dan dipersetujui sebelum dimuktamadkan.

Proses pengukuran dan rundingan sempadan darat Malaysia–Indonesia telah mengambil masa selama 47 tahun dan dilaksanakan secara berperingkat demi menjaga kepentingan negara serta hubungan diplomatik antara dua negara sahabat.

Nnn

Related posts

Leave a Comment