AS$50 juta hadiah negara juara Piala Dunia

LONDON – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan hadiah wang tunai sebanyak US$50 juta akan ditawarkan kepada negara juara Piala Dunia musim panas akan datang.

Majlis FIFA meluluskan jumlah hadiah itu dalam satu mesyuarat di Doha dengan jumlah keseluruhan dana yang disediakan untuk negara bertanding ditetapkan sebanyak US$727 juta, meningkat 50 peratus berbanding Piala Dunia 2022 di Qatar.

Setiap negara akan menerima US$1.5 juta daripada FIFA bagi kos persediaan, serta sekurang-kurangnya tambahan US$9 juta kerana beraksi di peringkat kumpulan.

Pengesahan ini dibuat ketika kumpulan peminat menuduh FIFA bermain “permainan PR” berkaitan harga tiket.

Badan induk bola sepak dunia itu mengumumkan tiket berharga US$60 akan disediakan melalui kuota yang dijual oleh persatuan kebangsaan kepada penyokong paling setia mereka, susulan kritikan meluas terhadap struktur harga awal FIFA yang didedahkan minggu lepas.

Bagaimanapun, hanya 10 peratus tiket dalam kuota itu akan ditawarkan pada harga ini.

Sebagai contoh, bagi perlawanan England menentang Croatia, ia hanya memberi manfaat kepada kira-kira 400 daripada lebih 4,000 penyokong yang layak membeli tiket melalui kuota Kelab Penyokong Kembara England (ESTC).

Bagi selebihnya, harga tiket akan bermula pada US$230 untuk perlawanan pembukaan itu dan melonjak kepada US$4,185 bagi perlawanan akhir.

Related posts

Leave a Comment