SEPANG 18 Dis. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menyifatkan penyusunan semula Kabinet Madani sebagai ‘Kabinet Bendera Putih’ yang menyerah jiwa dan raga demi mengekalkan kedudukan seorang Perdana Menteri yang parti sendiri tidak memiliki majoriti. Presidennya, Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali mendakwa, apa yang berlaku bukan rombakan pentadbiran tetapi penyerahan kuasa secara sukarela dan terbuka yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sesebuah bangsa. Beliau berkata, persoalan sebenar bukan siapa yang dilantik, tetapi siapa yang memberi arahan dan siapa yang tunduk. “Fakta asasnya mudah, DAP mengugut, dan Kabinet berubah. Tiada kebakaran,…
Read MoreDay: December 18, 2025
Agenda bumiputera di bawah menteri DAP
Oleh Tan Sri Noh Omar PELANTIKAN menteri baharu bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam rombakan Kabinet semalam menimbulkan kejutan persoalan dalam kalangan usahawan Bumiputera. Sebagai bekas Menteri yang pernah dua kali menerajui kementerian iaitu pada 2008 dan 2021, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan menyatakan pandangan demi kepentingan masa depan usahawan Bumiputera. Matlamat utama KUSKOP adalah jelas iaitu memperkasa usahawan Bumiputera, membangunkan ekosistem keusahawanan negara dan menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan menjelang 2030. Fokus ini diterjemahkan melalui pemerkasaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), peningkatan sumbangan usahawan Bumiputera…
Read MoreBerita pilihan…
2 kes baharu selesema burung di Korea Selatan
SEOUL – Dua kes baharu selesema burung berpatogen tinggi (AI) dilaporkan di ladang ayam penelur di wilayah tengah Korea Selatan, meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 14 kes sejak musim sejuk bermula Kes selesema burung H5N1 dikesan di sebuah ladang di Goesan, Wilayah Chungcheong Utara, kira-kira 130 kilometer (km) ke tenggara Seoul, serta di satu lagi ladang di Cheonan, Wilayah Chungcheong Selatan, kira-kira 90km ke selatan ibu negara. Menurut Ibu Pejabat Pengurusan Bencana Pusat (CDMH), ladang di Cheonan itu kini melaporkan empat kes selesema burung berpatogen tinggi sejak 2020, termasuk wabak terbaharu…
Read MoreAS$50 juta hadiah negara juara Piala Dunia
LONDON – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan hadiah wang tunai sebanyak US$50 juta akan ditawarkan kepada negara juara Piala Dunia musim panas akan datang. Majlis FIFA meluluskan jumlah hadiah itu dalam satu mesyuarat di Doha dengan jumlah keseluruhan dana yang disediakan untuk negara bertanding ditetapkan sebanyak US$727 juta, meningkat 50 peratus berbanding Piala Dunia 2022 di Qatar. Setiap negara akan menerima US$1.5 juta daripada FIFA bagi kos persediaan, serta sekurang-kurangnya tambahan US$9 juta kerana beraksi di peringkat kumpulan. Pengesahan ini dibuat ketika kumpulan peminat menuduh FIFA bermain “permainan PR” berkaitan…
Read More