Jawatankuasa khas siasat kes bunuh pelajar

PUTRAJAYA 14 Okt. – Satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memastikan semua aspek terkait kes pelajar perempuan maut ditikam pelajar lain di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, dapat disiasat secara tuntas, telus dan adil.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata kes itu kini berada dalam siasatan pihak berkuasa dan suspek telah ditahan polis.

“Kementerian Pendidikan (KPM) akan berkerjasama penuh dalam proses siasatan. Pasukan kaunselor, guru bimbingan dan kaunseling digerakkan untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah berkenaan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan susulan kejadian bunuh membabitkan pelajar perempuan Tingkatan Empat (16 tahun) di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi berlaku di luar kelas dalam kawasan sekolah, dengan setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata siasatan awal menunjukkan terdapat beberapa tikaman di badan mangsa yang dipercayai dibunuh di kawasan berhampiran tandas perempuan.

“”(Setakat siasatan yang sudah dibuat) saya mengesahkan tiada unsur buli yang berlaku. Tetapi siasatan lanjut kita akan jalankan jika timbul perkara lain,” katanya pada sidang media, hari ini.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment