Andalusia sertai Maulidur Rasul Masjid Ar-Rahimah

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Warga kerja Andalusia Travel & Tour Sdn. Bhd. (Andalusia) turut menyertai Majlis Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul 1447 H yang dianjurkan bersama Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan.

Sebanyak 52 peserta diketuai Khairul Sani Zamberi mengambil bahagian pada program yang berlangsung semalam dan turut dihadiri Pengarah Urusan Andalusia, Ibrahim Mat Sin.

Sebanyak 10 kontinjen yang terdiri daripada anak-anak kariah Masjid Ar-Rahimah serta pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat swasta mengambil bahagian dalam perarakan itu yang bertemakan ‘Membangun Ummah Madani’.

Untuk rekod Ibu pejabat Andalusia terletak dalam kariah tersebut.

Dengan berpakaian seragam Andalusia, kontinjen syarikat pengendali haji dan umrah itu turut membawa sepanduk dan bunga manggar disertai selawat serta doa sebagai tanda menzahirkan rasa syukur atas kesempatan meraikan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perarakan sejauh kira-kira 1.5 kilometer itu turut memilih kontinjen terbaik iaitu Madrasah Kampung Pandan yang akan mewakili masjid ke pertandingan peringkat zon 3 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 27 September ini di Dataran Merdeka.

Dalam pada itu, sempena program tersebut, turut diadakan acara berendoi bayi, bacaan qasidah serta penyampaian sumbangan kepada asnaf oleh Bank Rakyat cawanga Kampung Pandan.

Satu forum khas sempena Maulidur Rasul turut diadakan pada sebelah malam.

Nnn

Related posts

Leave a Comment