Pembangunan beri manfaat kepada rakyat jelata

PUTRAJAYA  18 Sept. – Kerajaan MADANI teguh dengan pendirian menekankan keperluan menghargai warisan sejarah dan merangka pembangunan adil serta seimbang yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat jelata.

Justeru kata Anwar Ibrahim, pandangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berhubung latar sejarah, masa depan dan hala tuju kawasan Kampong Bharu di sini adalah selari dengan pendirian kerajaan itu.

“Kerajaan berpegang teguh bahawa setiap keputusan mesti berpaksi pada aspek kesejahteraan rakyat serta kelangsungan identiti masyarakat.

“Sebagai Pengerusi Majlis Perumahan Mampu Milik Negara, saya tetap beriltizam memastikan pembangunan benar-benar membawa manfaat kepada rakyat tanpa mengorbankan maruah, hak dan sejarah yang menjadi kepentingan nasional,” katanya dalam Facebook beliau, hari ini.

Terdahulu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan sebarang keputusan atau usaha-usaha pembangunan di Kampong Bharu harus mengambil kira kepentingan orang Melayu untuk waktu ini dan juga untuk jangka masa panjang.

Titah baginda, Kampong Bharu adalah simbol kebangkitan orang Melayu sejak tahun 1900 dan memainkan peranan penting kepada kelangsungan dan maruah orang Melayu di Kuala Lumpur.

Justeru baginda mahu agar isu berhubung isu pembangunan semula tanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur dikendalikan secara teliti dan berhemah dengan keutamaan harus diberikan kepada kepentingan orang Melayu.

Sultan Sharafuddin juga mahu dalam setiap pertimbangan dilakukan oleh semua pihak berkaitan mengenai hal itu, sejarah asal penubuhan dan warisan kawasan Kampung Baru harus diambil kira.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment