Pembangunan beri manfaat kepada rakyat jelata

PUTRAJAYA  18 Sept. – Kerajaan MADANI teguh dengan pendirian menekankan keperluan menghargai warisan sejarah dan merangka pembangunan adil serta seimbang yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat jelata. Justeru kata Anwar Ibrahim, pandangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berhubung latar sejarah, masa depan dan hala tuju kawasan Kampong Bharu di sini adalah selari dengan pendirian kerajaan itu. “Kerajaan berpegang teguh bahawa setiap keputusan mesti berpaksi pada aspek kesejahteraan rakyat serta kelangsungan identiti masyarakat. “Sebagai Pengerusi Majlis Perumahan Mampu Milik Negara, saya tetap beriltizam memastikan pembangunan benar-benar membawa manfaat kepada rakyat…

Read More

Keprihatinan terhadap keresahan rakyat

SEPANG 18 Sept . – Titah Sultan Selangor, Sultan Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj memperlihatkan keprihatinan baginda terhadap keresahan serta suara hati rakyat dalam isu yang melingkari pembangunan Kampung Bharu, khususnya dalam konteks kelangsungan dan maruah orang Melayu. Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin dalam kenyataannya menjunjung kasih atas titah Sultan Sharafuddin yang menegaskan bahawa sebarang keputusan atau usaha pembangunan di Kampong Bharu mesti mengambil kira kepentingan orang Melayu untuk waktu ini dan jangka masa panjang. Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, titah baginda agar isu pembangunan semula tanah di Kampong…

Read More

Kepentingan Melayu Kampong Bharu terjamin

PUTRAJAYA 18 Sept. – Jabatan Wilayah Persekutuan menzahirkan komitmen bahawa kepentingan orang Melayu di Kampong Bharu kekal terjamin dan tidak akan diketepikan dalam perancangan pembangunan di kawasan bersejarah itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata setiap langkah pembangunan akan dilaksanakan dengan penuh hemah dan berpaksikan lunas undang-undang. Beliau berkata demikian bagi menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pandangan Baginda berkenaan sejarah, masa hadapan dan hala tuju pembangunan kawasan Kampong Bharu, Kuala Lumpur. “Pendirian Kerajaan adalah selari dengan titah Tuanku, iaitu memastikan Kampong…

Read More

PN tabur ‘peluru’ kepada ‘musuh’ politik

MUKTAMAR Tahunan Pas ke-71 sudah berakhir. Tidak pasti sama ada ia yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 atau sempat bermuktamar di Kelantan dan menyambut Ulang Tahun Pas ke-75 di Pulau Pinang tahun depan. Kali ini, muktamar yang boleh dianggap platform terbaik untuk mempersiapkan parti menghadapi PRU, juga Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung bersama pemilihan parti yang menyaksikan lima jawatan utama dimenangi tanpa bertanding. Pelbagai pandangan diberi mengenai perjalanan muktamar ini. Musuh politik akan melihat parti itu berbalah sesama parti komponen apabila Pas menyatakan hasrat  mengambil alih memimpin Perikatan…

Read More

Titah Sultan Selangor jaga kepentingan Melayu

SEPANG 18 Sept. –  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan sebarang keputusan atau usaha-usaha pembangunan di Kampong Bharu harus mengambil kira kepentingan orang Melayu untuk waktu ini dan juga untuk jangka masa panjang. Titah baginda, Kampong Bharu adalah simbol kebangkitan orang Melayu sejak tahun 1900 dan memainkan peranan penting kepada kelangsungan dan maruah orang Melayu di Kuala Lumpur. Justeru baginda mahu agar isu berhubung isu pembangunan semula tanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur dikendalikan secara teliti dan berhemah dengan keutamaan harus diberikan kepada kepentingan orang Melayu. “Beta tiada…

Read More

Desak ASEAN pastikan gencatan dipatuhi

PHNOM PENH – Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, menggesa ASEAN memastikan gencatan senjata dilaksanakan secara berkesan antara Kemboja dan Thailand bagi memastikan kestabilan di kawasan sempadan yang dipertikaikan. Dalam sepucuk surat kepada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, beliau berkata harus ada pematuhan ketat terhadap terma gencatan senjata dan perjanjian yang dicapai semasa mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) dan RBC Jawatankuasa Sempadan Serantau (RBC) baru-baru ini. “Perlu ada pemberhentian segera semua tindakan sebelah pihak yang berisiko mencetuskan ketegangan dan memperluaskan konflik,” katanya dalam surat kepada Pengerusi ASEAN itu. Kementerian Luar dan…

Read More

Sempadan Kemboja Thailand bergolak

BANGKOK – Polis Thailand melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah ke arah orang awam Kemboja di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian, insiden paling ketara sejak gencatan senjata diisytiharkan. Pihak berkuasa Kemboja.mendakwa sekurang-kurangnya 23 rakyatnya cedera dalam pertempuran itu, manakala tentera Thailand pula memaklumkan beberapa pegawainya turut cedera, tanpa menyatakan jumlah sebenar. Pertembungan itu berlaku di kawasan penempatan sempadan yang menjadi pertikaian dalam konflik berdarah selama lima hari pada Julai lalu. Thailand mendakwa kawasan itu adalah sebahagian daripada kampung Ban Nong Ya Kaew di wilayah Sa Kaeo, sementara Kemboja pula…

Read More