Kosongkan Gaza bahayakan penduduk

GAZA – Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) memberi amaran bahawa sebarang percubaan Israel untuk mengosongkan Gaza akan membahayakan nyawa penduduk.

Presiden ICRC, Mirjana Spoljaric, dalam satu kenyataan.berkata, adalah mustahil pemindahan besar-besaran penduduk Gaza boleh dilakukan dengan cara yang selamat dan bermaruah dalam keadaan sekarang,

Katanya, keadaan di Gaza semakin genting kerana tentera Israel sudah pun mengetatkan kepungan di kawasan itu sebelum serangan yang dirancang.

Agensi pertahanan awam Gaza berkata serangan waktu Subuh oleh Israel telah membunuh 66 orang di wilayah itu yang sudah musnah akibat peperangan selama hampir 23 bulan.

Keadaan tempat perlindungan, penjagaan kesihatan dan pemakanan yang teruk di Gaza bermakna pemindahan bukan sahaja tidak dapat dilaksanakan tetapi tidak dapat dilakukan dalam keadaan sekarang.

Di sebalik seruan di dalam dan luar negara untuk menamatkan perang, tentera Israel tetap bersedia meneruskan operasi untuk merampas bandar terbesar wilayah Palestin itu dan menempatkan semula penduduknya.

Tentera Israel telah mengisytiharkan Gaza sebagai zon tempur berbahaya, dengan serangan tanpa henti dilancarkan walaupun masih ramai penduduk terperangkap di situ.

Tentera tidak arahkan penduduk untuk keluar serta-merta, tetapi sehari sebelumnya, badan kementerian pertahanan Israel yang menyelia hal ehwal awam di wilayah Palestin (COGAT), berkata ia sedang membuat persiapan untuk memindahkan penduduk ke selatan untuk perlindungan mereka.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment