“Komitmen saya kepada keadilan Zara”

KOTA KINABALU 21 Ogos – Shahlan Jufri, salah seorang peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir tampil memberi penjelasan selepas tular gambarnya bersama Ketua Menteri Sabah,  Hajiji Noor.

Katanya, gambar berkenaan adalah rakaman lama pada Jun 2025 dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina.

“Cubaan pihak tertentu mengaitkannya adalah fitnah berniat jahat untuk mengelirukan masyarakat. Saya tegaskan komitmen saya hanya kepada keadilan untuk Zara,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya pada malam Rabu.

Terdahulu, gambar tular berkenaan turut memaparkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),  Armizan Mohd Ali dan salah seorang peguam mewakili tertuduh,  Ram Singh.

Sahlan menegaskan beliau sebagai peguam bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih, demi menegakkan proses keadilan serta integriti undang-undang.

“Saya tidak akan tunduk pada sebarang tekanan atau cubaan memesongkan dan mengganggu perjuangan ini yang berlaku sejak daripada hari pertama saya dilantik sebagai peguam Zara,” tegasnya.

Beliau turut menjelaskan, perkara utama yang dituntut dalam melaksanakan proses perundangan selaku peguam kepada ibu Zara Qairina telah berjaya dan sedang dalam tindakan.

“Untuk rekod, perkara-perkara utama telah pun dilaksanakan selepas pelantikan saya selaku peguam Zara seperti penggalian semula kubur telah berjaya, pelaksanaan bedah siasat telah berjaya, berada di bilik bedah siasat selama lebih lapan jam atas kehendak anak guam.

“Kami juga memohon agar pelaku dikenakan hukuman yang lebih berat iaitu maksimum 10 tahun dan permohonan inkues dibenarkan serta sedang berjalan,” katanya.

(foto Shahlan kanan sekali)

Nnnn

Related posts

Leave a Comment