Putri Qisya anak angkat Mara

Screenshot

ALOR SETAR 8 Julai – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menjadikan Putri Qisya Nur Izzat Mohamad Azim, 12, sebagai anak angkat serta memastikan mendapat. tempat di MRSM dan memantau perkembangannya sehingga ke peringkat tertinggi.

Pengerusi Mara, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya terharu dengan ketabahan Putri Qisya yang berhasrat untuk mengubah kehidupannya menerusi pendidikan di MRSM, sebagaimana impian arwah ibunya sebelum meninggal dunia.

Putri Qisya merupakan anak kepada pasangan Allahyarham Mohamad Azim Izat Ishak dan Allahyarhamah Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi yang terkorban bersama empat anak mereka dalam tragedi di Sungai Korok, Jitra, pada Sabtu.

Beliau tidak ikut serta ketika kejadian yang meragut enam nyawa ahli keluarganya serentak.

Dr Asyraf Wajdi berkata, pihaknya terharu dengan ketabahan Putri Qisya yang berhasrat untuk mengubah kehidupannya menerusi pendidikan di MRSM, sebagaimana impian arwah ibunya sebelum meninggal dunia.

“Hampir menitis air mata, namun saya tahan sebak di dada tatkala nenek kepada Adik Putri Qisya Nur Izzat, menyampaikan impian arwah ibunya dan juga hasrat Qisya sendiri untuk masuk ke MRSM.

“Tengah hari tadi, saya bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkesempatan menziarahi keluarga adik Qisya, yang punyai hati yang cukup kental, di kediamannya yang kini tinggal bersama datuk dan neneknya,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook miliknya.

Beliau memberitahu, Ahmad Zahid terus mengarahkannya untuk Mara mengambil Putri Qisya sebagai anak angkat, membantu dan membimbing Qisya untuk mendapat tempat di MRSM sehingga ke peringkat tertinggi.

“In syaa Allah, Mara akan bantu sebaik mungkin. Mara akan pastikan laluan pendidikan terbaik buat adik Qisya. Adik Qisya tidak keseorangan sebaliknya ramai yang bersedia membantu, termasuk Mara untuk memastikan masa depannya terjamin.

Semoga Allah pelihara hatinya yang tabah dan menerangi jalan hidupnya dengan cahaya ilmu, kasih sayang dan masa depan yang gemilang,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, kereta Proton Iswara dinaiki keluarga Qisya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam terusan di Sungai Korok.

Mangsa yang terkorban ialah ibu bapanya, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat adik beradik iaitu Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; dan bayi lelaki, Tuah Haydar, enam bulan.

Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor Karang pada malam Isnin.

Nnn

Related posts

Leave a Comment