UNIFIL undur selepas mandat tamat

BEIRUT – Selaras dengan Resolusi 2790 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) akan mula berundur dari negara ini selepas mandatnya tamat pada 31 Disember depan.

UNIFIL memaklumkan, pihaknya akan meneruskan operasi harian di seluruh selatan Lubnan, termasuk memantau dan melaporkan perkembangan semasa, menyokong Angkatan Tentera Lubnan, serta memudahkan pelaksanaan misi kemanusiaan hingga mandatnya berakhir.

Dalam satu hantaran melalui platform X, UNIFIL berkata, Majlis Keselamatan PBB (UNSC) sedang mempertimbangkan pengaturan bagi tempoh selepas pengunduran pasukan itu.

Pengumuman itu dibuat ketika Presiden Lubnan, Joseph Aoun; Perdana Menteri, Nawaf Salam; dan beberapa pegawai lain menggesa masyarakat antarabangsa mengekalkan kehadiran UNIFIL kerana bimbang pengundurannya akan mewujudkan kekosongan keselamatan di selatan Lubnan.

UNIFIL beroperasi di selatan Lubnan sejak 1978, dengan mandatnya dilanjutkan buat kali terakhir hingga 31 Disember 2026 menerusi Resolusi 2790 yang diterima pakai pada Ogos 2025.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment