Kelonggaran individu minggu depan

KUALA LUMPUR 17 Julai – Kerajaan akan memutuskan kelonggaran bagi individu yang lengkap dua dos vaksin pada Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) minggu depan, kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata keputusan tersebut akan mengambil kira kriteria-kriteria kelonggaran yang akan diberikan kepada kumpulan tersebut termasuk kemungkinan mempertimbangkan kebenaran merentas daerah.

“Ini kerana mesti ada kebebasan dan kelebihan terutama untuk keluar walaupun tak rentas negeri, pertama pun rentas daerah dulu selepas itu untuk mereka berbelanja di kedai-kedai,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika melawat Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS), anak syarikat Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga), di sini.

Jelas Perdana Menteri lagi, keputusan tersebut akan turut mengambil kira pembukaan sektor ekonomi, dengan syarat industri bersedia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak mempunyai kes Covid-19.

Katanya, premis berkenaan boleh dipertimbangkan untuk dibuka lebih awal dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sekiranya pengusaha menjalankan ujian saringan kepada pekerja sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Related posts

Leave a Comment