WASHINGTON – Aliran eksport minyak melalui Selat Hormuz kini kembali ke tahap sebelum konflik tercetus, sekali gus memberi petanda positif terhadap pemulihan ekonomi global kata Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance.
Menurut Vance, laluan perkapalan strategik itu kini kembali beroperasi dengan lancar, menyaksikan peningkatan jumlah minyak yang melalui kawasan berkenaan.
Katanya, Selat Hormuz terbuka dalam erti kata bahawa lebih banyak minyak keluar melaluinya dan pada sesetengah hari, jumlah minyak yang dihantar keluar melalui selat itu malah melebihi tahap yang dicatatkan sebelum perang bermula.
Vance turut menyatakan bahawa perkembangan itu telah membantu menurunkan harga minyak global, walaupun proses pemulihan ekonomi secara keseluruhan dijangka mengambil masa.
Beliau turut mengaitkan perkembangan positif di Selat Hormuz dengan usaha diplomatik yang sedang berlangsung di Asia Barat.
Menurutnya, jika perjanjian damai antara Lubnan dan Israel diselaraskan dengan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara AS dan Iran, kedua-duanya mempunyai prinsip asas yang sama, iaitu menghormati kedaulatan wilayah Lubnan.
Nnn
