Dua wanita antara 11 calon Pas

MUAR 26 jun -;Dua wanita adalah antara 11 calon Pas yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor ke-16 bulan depan.

Normala Sudirman akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dan Yuhanita Yunan di DUN Pasir Raja.

Sembilan lagi calon ialah Saifullah Abdul Wahab (Jementah), Arshed Yahya @ Awang (Simpang Jeram), Mohamad Anuar Hayan (Maharani), Muhammad Amin Sailan (Sungai Balang), Halim Kepol (Semerah), Ahmad Rosdi Baharu (Seri Medan), Hasnol Hakim Hussein (Endau), Khirul Mutanazar Ismail (Tiram) dan Mazlan Bujang (Kahang).

Pengumuman calon itu dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Pengumuman Calon Pas-PN bagi PRN Johor yang berlangsung di Muar pada Khamis.

Sementara itu, penyandang kerusi DUN Bukit Pasir, Abdullah Husin tidak mempertahankan kerusi yang disandangnya.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Johor, Mahfodz Mohamed dan Ketua Penerangan PN, Annuar Musa.

Related posts

Leave a Comment