Month: May 2026
Hamas gesa Fatah sertai pertemuan langsung
ISTANBUL – Pejuang Palestin Hamas menggesa gerakan Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas mengadakan ‘pertemuan langsung’ sebaik sahaja kongres agung kelapan Fatah berakhir bagi mencapai persetujuan strategi nasional. Anggota kanan Hamas, Husam Badran, berkata kongres Fatah yang bermula Khamis di bandar Ramallah, Tebing Barat dan dijadual berlangsung tiga hari adalah peluang untuk mencetuskan perubahan dalam hubungan nasional dalaman Palestin. Beliau berkata acara itu juga boleh meningkatkan kesiapsiagaan dan persediaan untuk berdepan rancangan jenayah Zionis, yang berusaha menghapuskan perjuangan Palestin dengan mengeksploitasi keadaan antarabangsa dan serantau. Badran menggesa Fatah menyertai ‘pertemuan langsung’…
Read MoreSaudi kecam provokatif di Masjid Al-Aqsa
RIYADH – Arab Saudi mengecam tindakan yang dianggap sebagai “provokatif” oleh pegawai Israel di kawasan Masjid Al-Aqsa susulan insiden yang berlaku ketika sambutan Hari Baitulmuqaddis(Jerusalem Day), Kementerian Luar negara itu dalam kenyataan yang dimuat naik di platform X, mengecam keras tindakan tersebut dan menganggapnya sebagai pelanggaran terhadap undang-undang serta norma antarabangsa. Kenyataan itu merujuk kepada dua insiden, termasuk tindakan seorang pegawai Israel yang memasuki kompleks masjid di bawah perlindungan polis serta seorang lagi yang mengibarkan bendera Israel di kawasan halaman masjid. Menurut laporan, individu yang terlibat ialah Menteri Keselamatan Negara…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 15.05.2026
Peluang lepasan UEC ke IPTA
PUTRAJAYA 14 Mei – Calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA). Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA. Katanya, bagi calon daripada aliran terbabit yang turut memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penuh, mereka boleh memohon mana-mana program pengajian yang ditawarkan melalui sistem UPUOnline mengikut kiraan merit berdasarkan pakej mata pelajaran yang…
Read MoreKonvensyen PH ‘paluan gendang perang’
KUALA LUMPUR 14 Mei – Jika awal minggu ini, UMNO berkumpul di Johor untuk menyambut ulang tahun ke-80 parti, hujung minggu ini, 17 Mei, giliran Pakatan Harapan (PH) pula berkumpul untuk mengadakan Konvensyen PH 2026. Lebih 3,000 perwakilan dari seluruh negara mewakili PKR, DAP dan Amanah dan pimpinan utama dijangka hadir bagi memberi fokus untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta beberapa negeri lain. Konvensyen yang bakal dirasmikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bakal menjadi medan penting menentukan hala tuju gabungan itu, termasuk persediaan menghadapi PRN seterusnya Pilihan Raya Umum…
Read MoreRafizi akan buat pengumuman ‘luar biasa’
PUTRAJAYA 14 Mei – Bekas Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli akan membuat pengumuman yang ‘luar biasa’ pada Ahad ini berhubung hala tuju baharu politik beliau serta Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad. Beliau yang enggan mendedahkan apa akan diumumkannya menjelaskan sekiranya sekadar pengumuman ‘biasa-biasa’, ia akan dilakukan melalui akaun TikTok saja. “Jadi, kalau saya dengan Nik membuat keputusan untuk mengadakan pengumuman itu secara terbuka dan saya menjemput orang ramai datang, maksudnya ia bukan pengumuman politik ‘biasa-biasa’… (sebaliknya) luar biasa, ia agak luar biasa,” katanya kepada pemberita, Ahli Parlimen Pandan…
Read MoreAMK saran Rafizi, Nik Nazmi tinggalkan PKR
KUALA LUMPUR 14 Mei – Tinggalkan parti secara terhormat jika benar tidak lagi sehaluan dengan perjuangan PKR. Itu gesaan Exco Angkatan Muda Keadilan ( AMK) Malaysia, Dzul Hilmi Zainol kepada bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli. Saranan itu yang juga ditujukan kepada bekas Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad adalah supaya anggota parti tidak dibiarkan tertanya-tanya dan parti terus dibebankan dengan polemik yang tidak berkesudahan. “Politik matang memerlukan kejujuran, bukan sindiran berpanjangan. Kalau benar sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan dan hala tuju parti, maka Rafizi Ramli dan Nik…
Read MoreBerita pilihan…
Tiada kematian baharu akibat hantavirus
GENEVA – Tiada kematian baharu akibat wabak hantavirus yang dikaitkan dengan kapal persiaran dilaporkan sejak 2 Mei lalu manakala risiko kesihatan awam global kekal rendah, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Menerusi hantaran di platform X, Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata sebanyak 11 kes dilaporkan kepada agensi itu setakat 12 Mei lalu. Menurut Tedros, lapan daripada kes berkenaan disahkan melalui ujian makmal sebagai jangkitan disebabkan virus Andes dan virus ini juga boleh merebak antara manusia melalui kontak rapat secara berpanjangan, khususnya dalam ruang tertutup. Beliau berkata satu lagi…
Read More