KUALA LUMPUR 13 Mei – Selepas hampir 30 tahun bersama, bermula 1 Julai 2026, siaran pelbagai saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di platform satelit Astro akan dihentikan. Saluran itu adalah TV1-HD, TV2-HD dan Okey di platform satelit Astro serta platform ‘over-the-top’ (OTT) yang dikendalikan. Dalam satu pekeliling bertarikh 11 Mei, RTM memaklumkan kedua-dua pihak berdepan kesukaran untuk ‘mencapai persetujuan harga’ dan kontrak yang memenuhi keperluan serta kemampuan kewangan masing-masing. “Selepas bertahun-tahun menjalinkan kerjasama dan rundingan berterusan berkaitan kos serta kadar sewaan bagi perkhidmatan ini, adalah sukar ketika ini untuk mencapai…
Read MoreDay: May 13, 2026
Hala tuju 2 bekas pemimpin PKR Ahad ini
SEPANG 13 Mei – Dua bekas anggota Kabinet iaitu Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengumumkan hala tuju politik baharu mereka pada satu acara di Petaling Jaya Ahad ini. Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi berkata, pengumuman akan dibuat pada satu acara terbuka di PJ Performing Arts Centre, One Utama E, Bandar Utama, Petaling Jaya dari pukul 2 petang hingga pukul 5 petang. Katanya, tempoh setahun lalu memberi ruang kepada mereka untuk meneliti pelbagai pandangan, pertimbangan dan faktor sebelum menentukan langkah politik…
Read MoreKetua Pesuruhjaya SPRM mula tugas
PUTRAJAYA 13 Mei – Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Abdul Halim Aman, memulakan tugas secara rasmi sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu hari ini. Beliau menggantikan Tan Sri Azam Baki yang menamatkan kontraknya secara rasmi semalam selepas 42 tahun berkhidmat bersama SPRM. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata kredibiliti dan pengalaman Abdul Halim dalam bidang perundangan berupaya memberi nilai tambah kepada SPRM. “Tahniah diucapkan atas pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa pada 13 Mei 2026.…
Read MoreZawawi mohon maaf, akui kurang cermat
SEPANG 13 Mei – Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh tampil memohon maaf atas kekhilafan semasa ceramahnya yang mengaitkan latar kehidupan zaman jahiliah para sahabat Rasulullah SAW khususnya Sayidina Abu Bakar RA, Sayidina Umar RA dan Sayidina Uthman RA sebelum Islam. Dalam kenyataannya, beliau mengakui kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan tersebut yang akhirnya menimbulkan kontroversi dan kecaman pelbagai pihak. “Justeru itu, saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan tersebut. Saya sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan maruah atau menghina insan-insan terpilih yang…
Read MoreHimpunan Daulat Tuanku bawa maruah bukan pesta makan
SEPANG 13 Mei – Putra menyifatkan satu penghinaan terbuka terhadap rakyat apabila kerajaan Selangor bersedia menyumbangkan makanan kepada peserta Himpunan Daulat Tuanku di depan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada 16 Mei ini. Presidennya Dr Ibrahim Ali berkata, tindakan kerajaan negeri memilih untuk menyambut himpunan itu dengan “nasi bungkus” seolah-olah kemarahan rakyat ini boleh dilembutkan dengan suapan. “Kerajaan mahu menunjuk sikap prihatin melalui “nasi bungkus”. Ini permainan psikologi yang dangkal dan menghina. Ia memberi gambaran seolah-olah peserta himpunan datang kerana perut, bukan kerana prinsip. Seolah-olah suara rakyat boleh dibeli dengan…
Read MoreBerita pilihan….
Pakistan nafi lindungi pesawat Iran
ISLAMABAD – Kementerian Luar Pakistan menolak laporan agensi berita yang mendakwa Islamabad “secara senyap” membenarkan pesawat tentera Iran, termasuk pesawat pengintip diletakkan di pangkalan udara Pakistan. Ia kononnya bagi melindungi pesawat sekutu daripada kemungkinan serangan udara Amerika Syarikat (AS), sambil menyifatkan spekulasi itu sebagai cubaan menjejaskan usaha damai serantau yang sedang berlangsung. Jurucakap Pakistan menjelaskan, beberapa pesawat dari AS dan Iran tiba di Pakistan selepas gencatan senjata dan semasa pusingan awal rundingan antara Washington dan Tehran di Islamabad, bulan lalu. Menurutnya, pesawat-pesawat tersebut digunakan untuk memudahkan pergerakan kakitangan diplomatik, pasukan…
Read More43,000 alami kecederaan kekal di Gaza
GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 43,000 daripada 172,000 rakyat Palestin termasuk kira-kira 10,000 kanak-kanak di Gaza mengalami kecederaan kekal sejak Oktober 2023. Menurut Reinhilde Van de Weerdt, wakil WHO untuk wilayah Palestin yang diduduki anggaran yang dikemas kini itu mencerminkan kesan jangka panjang konflik ke atas penduduk Gaza dan sistem penjagaan kesihatan. Beliau berkata, kecederaan anggota badan utama ialah kes tertinggi dengan lebih 22,000 direkodkan, diikuti lebih 5,000 amputasi traumatik, lebih 3,400 lecur besar, lebih 2,000 kecederaan saraf tunjang, dan lebih 1,300 kecederaan otak traumatik. Bercakap kepada pemberita…
Read More