SEPANG 23 Mac – Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin berkata, keuntungan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) perlu dilihat sebagai kekayaan strategik negara, bukannya dibelanjakan untuk subsidi bahan api secara pukal. Justeru wakil rakyat DAP itu menyifatkan cadangan Pengerusi Urimai, P Ramasamy untuk memperluaskan subsidi bahan api menggunakan keuntungan luar jangka Petronas sebagai tidak mampan serta tidak bertanggungjawab dari sudut fiskal. Sebaliknya beliau berkata, Malaysia wajar mencontohi pendekatan Norway yang mengurus hasil minyak menerusi dana kekayaan berdaulatnya secara berdisiplin, di mana sebahagian besar hasil disimpan dan dilaburkan di peringkat global. Katanya, pendekatan…
Read MoreDay: March 23, 2026
ETS alami kelewatan dua jam
KUALA LUMPUR 23 Mac – Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) EP9130 dari KL Sentral ke Butterworth dijangka mengalami kelewatan kira-kira 157 minit daripada jadual asal susulan gangguan teknikal di Rasa, Hulu Selangor. Berikutan gangguan itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan, tren berkenaan yang berlepas dari KL Sentral pada pukul 1.40 tengah hari dijangka tiba di Stesen Butterworth pada pukul 8.22 malam ini berbanding jadual asal 5.45 petang. Menurut kenyataan itu, gangguan adalah akibat masalah teknikal di stesen Rasa berlaku pada jam 3.02 petang tadi. KTMB memaklumkan berikutan gangguan…
Read MoreBerita pilihan…
Israel dakwa 92 peratus peluru dipintas
BAITULMUQADDIS – Iran melancarkan lebih 400 peluru berpandu balistik sejak bermulanya perang di Asia Barat, tetapi tentera Israel mendakwa kira-kira 92 peratus daripadanya berjaya dipintas. Angka itu diumumkan sehari selepas peluru berpandu Iran mengenai dua bandar di selatan Israel, menyebabkan kira-kira 175 individu memerlukan rawatan perubatan. “Kami mencatatkan kadar pintasan yang sangat tinggi. Kami mempunyai kira-kira 92 peratus kadar kejayaan pintasan,” kata jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Nadav Shoshani kepada wartawan. Satu daripada bandar yang diserang semalam ialah Dimona, yang dipercayai menempatkan simpanan senjata nuklear Israel yang tidak diisytiharkan. Kesan…
Read MoreKepentingan nasional tidak dikorbankan
JAKARTA – Indonesia tidak akan mengorbankan kepentingan nasional dalam usaha memeterai perjanjian perdagangan, telah melalui pertimbangan teliti sebelum diluluskan, termasuk pengurangan tarif daripada 32 peratus kepada 19 peratus. Presiden Prabowo Subianto ketika mempertahankan perjanjian dengan Amerika Syarikat (AS) di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) berkata, rakyat mesti percaya bahawa beliau mengutamakan kepentingan nasional Indonesia. “Jika saya menilai kepentingan nasional kita terancam oleh mana-mana perjanjian, maka kita boleh menarik diri daripadanya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Agensi Komunikasi Kerajaan Indonesia semalam.. Prabowo berkata kerajaan mengekalkan pilihan untuk merundingkan semula…
Read More