SEPANG 13 Mac – Khutbah Jumaat di Selangor hari ini mengingatkan masyarakat Islam supaya memberi fokus untuk memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadan dengan menggandakan ibadah sepanjang malam-malam tersebut. Khatib juga pada masa yang sama menasihatkan agar semua umat Islam menyerahkan tanggungjawab penentuan awal Syawal kepada pihak berautoriti. “Umat Islam seharusnya menumpukan perhatian dan terus fokus bagi menggandakan ibadah di sepuluh akhir Ramadan an dan menyerahkan tanggungjawab penentuan awal Syawal kepada pihak berautoriti!” kata khatib. Menurut Khatib, bulan ini adalah medan muhasabah dan peluang keemasan yang tiada jaminan akan berulang kembali.…
Read MoreDay: March 13, 2026
Sultan tidak berkenan ramalan raya
SEPANG 13 Mac – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan dengan andaian dan ramalan membuta tuli berhubung spekulasi penetapan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini yang tersebar di media sosial. Menerusi satu kenyataan, Istana Alam Shah menjelaskan Sultan Sharafuddin mengambil maklum berkenaan perkara itu yang mana andaian dan ramalan berkenaan seolah-olah menimbulkan kejutan kepada umat Islam. Baginda menyeru semua pihak supaya bersabar dan jangan mudah percaya dengan spekulasi tanpa asas. Titah baginda, semua pihak perlu baca dan hadamkan kenyataan yang dibuat oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor…
Read MoreNetanyahu suara ancaman tersirat
BAITULMUQADDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyuarakan ancaman tersirat untuk membunuh Pemimpin Agung baharu Iran, Mojtaba Khamenei dan pada masa sama tidak menolak kemungkinan perang yang dilancarkan bersama Amerika Syarikat (AS) gagal membawa kejatuhan kerajaan ulama Iran. Bercakap pada sidang media pertamanya sejak perang itu meletus, Netanyahu juga mendakwa bahawa Iran ‘kini tidak lagi sama’ selepas berdepan serangan sejak 28 Februari lalu yang menjejaskan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dan pasukan separa tentera Basij. Selain itu, Netanyahu berikrar untuk terus melancarkan serangan terhadap kumpulan Hizbullah di Lubnan yang bertindak…
Read More