GARAH mahu terus berhimpun

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Penyelaras Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) berhasrat meneruskan perhimpunan di ibu kota, malam ini walaupun polis memutuskan tidak membenarkannya atas faktor keselamatan awam.

Pendirian itu disuarakan Penyelaras perhimpunan, Zamri Vinoth, menerusi beberapa hantaran di media sosial, menegaskan perhimpunan berkenaan tetap dirancang berlangsung di perkarangan Kompleks Sogo pada jam 8 malam.

“Himpunan ON,” kata Zamri menerusi hantaran di Facebooknya selepas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus, mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan perhimpunan berkenaan.

Beliau menegaskan tugas PDRM adalah menjaga keselamatan dan memastikan perhimpunan berjalan dengan aman selaras dengan peruntukan undang-undang.

Dalam satu hantaran lain, beliau menegaskan perhimpunan malam ini adalah perhimpunan aman berkaitan kedaulatan undang-undang menentang jenayah ceroboh.

Tegasnya perhimpunan itu tiada kaitan dengan perkauman atau sensitiviti agama.

“Oleh hal yang demikian jangan kaitkan kami dengan perkara yang tidak berkaitan,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, dalam satu kenyataan berkata keputusan tidak membenarkan perhimpunan itu selepas membuat pertimbangan menyeluruh berdasarkan risikan keselamatan yang dijalankan pihak polis.

Nnn

Related posts

Leave a Comment