Pekerja Washington Post diberhentikan

WASHINGTON –  The Washington Post, sebuah akhbar Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pemberhentian kira-kira satu pertiga tenaga kerjanya, sekali gus mengurangkan secara ketara liputan berita sukan, tempatan dan antarabangsa.

Ketua Pengarang Eksekutif, Matt Murray, berkata langkah itu bertujuan mewujudkan kestabilan organisasi tetapi menerima kecaman daripada kakitangan serta beberapa bekas pemimpin akhbar itu.

“Berita hari ini amat menyakitkan. Ini tindakan sukar, namun jika mahu terus berkembang, kami perlu menstruktur semula kewartawanan dan model perniagaan,” katanya dalam memo kepada kakitangan.

Langkah itu menjejaskan kakitangan merentasi beberapa jabatan dan menjadi perubahan besar terbaharu bagi akhbar berkenaan yang dimiliki jutawan Jeff Bezos, pengasas Amazon.

Menurut Murray, trafik dalam talian akhbar itu merosot sejak tiga tahun kebelakangan ini susulan ledakan penggunaan kecerdasan buatan dan pendekatan editorial yang dianggap masih berteraskan model lama.

Pemberhentian terbaharu itu berlaku ketika akhbar berkenaan berdepan masalah kewangan dan penurunan pelanggan, berbeza dengan pesaingnya, The New York Times, yang melaporkan pertambahan kira-kira 450,000 pelanggan digital pada suku terakhir 2025.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment