Day: February 5, 2026
Anak gajah Asia lahir di zoo
WASHINGTON – Seekor anak gajah Asia betina dilahirkan minggu ini di Zoo Kebangsaan dan Institut Biologi Konservasi Smithsonian di Washington, DC, kelahiran pertama spesies itu di zoo berkenaan dalam tempoh hampir suku abad. Pihak zoo memaklumkan kelahiran itu disifatkan sebagai detik penting dalam usaha pemuliharaan spesies gajah Asia yang dikategorikan sebagai terancam. Menurut kenyataan zoo berkenaan, anak gajah itu dilahirkan dalam keadaan sihat dan kini di bawah pemantauan rapi pasukan veterinar serta penjaga haiwan bagi memastikan proses tumbesaran berjalan lancar. Ibu kepada anak gajah itu pula menunjukkan tingkah laku penjagaan…
Read MorePekerja Washington Post diberhentikan
WASHINGTON – The Washington Post, sebuah akhbar Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pemberhentian kira-kira satu pertiga tenaga kerjanya, sekali gus mengurangkan secara ketara liputan berita sukan, tempatan dan antarabangsa. Ketua Pengarang Eksekutif, Matt Murray, berkata langkah itu bertujuan mewujudkan kestabilan organisasi tetapi menerima kecaman daripada kakitangan serta beberapa bekas pemimpin akhbar itu. “Berita hari ini amat menyakitkan. Ini tindakan sukar, namun jika mahu terus berkembang, kami perlu menstruktur semula kewartawanan dan model perniagaan,” katanya dalam memo kepada kakitangan. Langkah itu menjejaskan kakitangan merentasi beberapa jabatan dan menjadi perubahan besar terbaharu bagi…
Read More