Month: January 2026
91 anak muda sertai umrah percuma Andalusia
SEPANG 4 Jan. – Selepas ‘berkampung’ selama 20 hari di Masjid Imanul Faizin, Melor, Kota Bharu akhirnya 91 peserta Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan 2.0 berlepas ke Tanah Suci tengah hari ini. Mereka menaiki pesawat Malaysia Airlines (MH150) menuju ke Jeddah, Arab Saudi dan akan terus ke Makkah untuk menunaikan umrah pertama, buat kali pertama dalam kehidupan mereka. Peserta terdiri daripada 50 wanita dan 41 lelaki dengan enam orang pengiring serta dua orang mutawwif diketuai bendahari Program anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. dengan kerjasama Yayasan Imanul…
Read MoreDAP tidak takut dicabar
MELAKA 4 Jan. – DAP akan menentukan sendiri hala tuju parti termasuk pembabitan dalam kerajaan negeri atau Persekutuan, bukannya atas desakan atau provokasi pihak tertentu, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke, Katanya, sebarang isu membabitkan kedudukan dan pendirian parti akan dibincang secara dalaman oleh kepemimpinan dan perwakilan negeri sebelum dilaporkan kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) untuk pertimbangan lanjut. Beliau berkata, DAP tidak akan membuat keputusan berdasarkan tekanan, provokasi atau cabaran pihak lain, sebaliknya berpaksikan prinsip dan kepentingan parti serta pengundi diwakili. “Hala tuju dan keputusan parti bukan mengikut telunjuk atau rentak…
Read MorePemimpin DAP tanya Akmal “lu siapa”
MELAKA 4 Jan. – Kuasa untuk melantik Exco Kerajaan Negeri Melaka adalah di bawah bidang kuasa Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh, bukannya Dr Muhamad Akmal Saleh, kata Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong. Beliau membidas desakan Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO itu agar DAP keluar daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Negeri Melaka. “Saya nak tanya siapa Akmal Saleh? yang ada kuasa untuk melantik Exco adalah Ketua Menteri bukannya beliau,” katanya semasa menyampaikan ucaptama di Konvensyen Tahunan DAP Melaka ke-25 di Melaka hari ini. Menurut Poay Tiong, atas semangat Kerajaan…
Read MoreDAPSY gesa Akmal tinggalkan kerajaan, sertai Pas
SEPANG 4 Jan. – Kelantangan Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyarakan UMNO meninggalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan mendapat kecaman Pemuda Sosialis DAP Kebangssan (DAPSY) yang menggesa Ketua Pemuda UMNO itu menyertai Pas. Sayap parti DAP itu juga menggesa Akmal menunjukkan teladan dengan meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka seterusnya menjadi perintis untuk menyertai Pas bukannya sekadar berbicara panjang dan meraih simpati. DAPSY dalam kenyataannya hari ini juga mendakwa hubungan rapat antara Akmal dengan Pas sebenarnya bukan rahsia. “Malah Akmal tidak pernah berasa malu dengan dakwaan bahawa dia bertindak seperti ejen…
Read MoreBerita pilihan…
Dunia beri reaksi tangkapan Maduro
TINDAKAN Amerika Syarikat (AS) menangkap Presiden Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores, dalam satu operasi ketenteraan mencetuskan pelbagai reaksi termasuk di peringkat antarabangsa. Dalam reaksi balas, Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodríguez menegaskan, Maduro kekal sebagai “satu-satunya Presiden Venezuela” dan mengutuk serangan AS sebagai “pencerobohan bersenjata terhadap negara kami.” “Di Venezuela, hanya ada satu Presiden dan namanya Nicolas Maduro,” katanya dalam siaran langsung televisyen negara sambil mengumumkan, Majlis Pertahanan Negara telah diaktifkan dan menyeru rakyat bertenang serta bersatu. Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, yang mengesahkan telah diberi taklimat mengenai penangkapan…
Read MoreTrump umum AS ‘tadbir’ Venezuela
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) akan “mentadbir” Venezuela sehingga peralihan kuasa yang selamat, teratur dan adil dapat dilaksanakan susulan penangkapan Presiden Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores. Presiden Donald Trump pada sidang media yang memperincikan operasi tersebut, menyifatkan misi menangkap Maduro dan isterinya sebagai “serangan yang tidak pernah dilihat sejak Perang Dunia Kedua”. Beliau turut memuji ia sebagai “antara demonstrasi kuasa, kekuatan dan kecekapan Amerika yang paling menakjubkan dalam sejarah.” Trump turut membandingkan serangan itu dengan Operasi Midnight Hammer yang memusnahkan fasiliti nuklear Iran pada Julai lalu, serta pembunuhan Jeneral…
Read MoreMedia Hari Ini Ahad 04.01.2026
UMNO, Pas disaran bentuk penyatuan Melayu
KUALA LUMPUR 3 Jan. – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sudah tiba masanya UMNO dan Pas bersatu membentuk penyatuan orang Melayu dan mengetepikan perbezaan demi kepentingan agama, bangsa dan negara. “Sudah tiba masanya kita kembali bertaut dan menyuburkan jiwa besar demi mengembalikan kepentingan nasional,” katanya. Beliau menyuarakan pandangan itu ketika menyampaikan ucapan pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini petang ini. Tegasnya, penyatuan dua parti terbesar Melayu itu penting bagi memastikan kekuatan politik Melayu terus terpelihara…
Read More