TINDAKAN Amerika Syarikat (AS) menangkap Presiden Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores, dalam satu operasi ketenteraan mencetuskan pelbagai reaksi termasuk di peringkat antarabangsa. Dalam reaksi balas, Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodríguez menegaskan, Maduro kekal sebagai “satu-satunya Presiden Venezuela” dan mengutuk serangan AS sebagai “pencerobohan bersenjata terhadap negara kami.” “Di Venezuela, hanya ada satu Presiden dan namanya Nicolas Maduro,” katanya dalam siaran langsung televisyen negara sambil mengumumkan, Majlis Pertahanan Negara telah diaktifkan dan menyeru rakyat bertenang serta bersatu. Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, yang mengesahkan telah diberi taklimat mengenai penangkapan…
Read MoreMonth: January 2026
Trump umum AS ‘tadbir’ Venezuela
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) akan “mentadbir” Venezuela sehingga peralihan kuasa yang selamat, teratur dan adil dapat dilaksanakan susulan penangkapan Presiden Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores. Presiden Donald Trump pada sidang media yang memperincikan operasi tersebut, menyifatkan misi menangkap Maduro dan isterinya sebagai “serangan yang tidak pernah dilihat sejak Perang Dunia Kedua”. Beliau turut memuji ia sebagai “antara demonstrasi kuasa, kekuatan dan kecekapan Amerika yang paling menakjubkan dalam sejarah.” Trump turut membandingkan serangan itu dengan Operasi Midnight Hammer yang memusnahkan fasiliti nuklear Iran pada Julai lalu, serta pembunuhan Jeneral…
Read MoreMedia Hari Ini Ahad 04.01.2026
UMNO, Pas disaran bentuk penyatuan Melayu
KUALA LUMPUR 3 Jan. – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sudah tiba masanya UMNO dan Pas bersatu membentuk penyatuan orang Melayu dan mengetepikan perbezaan demi kepentingan agama, bangsa dan negara. “Sudah tiba masanya kita kembali bertaut dan menyuburkan jiwa besar demi mengembalikan kepentingan nasional,” katanya. Beliau menyuarakan pandangan itu ketika menyampaikan ucapan pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini petang ini. Tegasnya, penyatuan dua parti terbesar Melayu itu penting bagi memastikan kekuatan politik Melayu terus terpelihara…
Read MorePemuda tolak ‘rampas kuasa, tebuk atap’
KUALA LUMPUR 3 Jan. – Pergerakan Pemuda UMNO menolak sebarang usaha merampas kuasa dan ‘menebuk atap’ sehingga mengakibatkan kerajaan yang sedang memimpin negara ini tumbang, kata Ketuanya Dr Muhamad Akmal Saleh. Sebaliknya kata Dr Muhamad Akmal, UMNO digesa menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan untuk menjadi pembangkang yang bermaruah, berwibawa dan berprinsip daripada berada di dalam kerajaan tanpa harga diri. “Kita tidak mahu menjatuhkan kerajaan melalui jalan belakang. Kita tidak mahu merampas kuasa melalui helah. Kita mahu UMNO menang kembali dengan mandat rakyat, bukan dengan muslihat politik. Ini jelas dan tiada…
Read MoreHadi sesuai ketuai PN
KANGAR 3 Jan. – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang adalah individu sesuai mengetuai Perikatan Nasional (PN) di peringkat pusat, kata Pengerusi PN Perlis, Shahidan Kassim. Katanya, semua pihak wajar menghormati kenyataan Abdul Hadi sebelum ini yang memutuskan Pas akan mengetuai PN. “Tok Guru (Abdul Hadi) adalah calon paling sesuai manakala calon yang lain terserah kepada beliau. “Siapa sahaja Tok Guru sebut, kita akan sokong, tidak kisahlah seperti (Datuk Seri) Muhammad Sanusi Md Nor ke, (Datuk Seri) Ahmad Samsuri Mokhtar ke, (Datuk Seri) Tuan Ibrahim Tuan Man ke, itu tidak menjadi…
Read MoreMusim kedua bukan sekadar solat
AHAD lalu, berpeluang hadir majlis penutup Program Umrah Percuma 2.0 Anak Muda Jati Kelantan yang berlangsung di Masjid Imanul Fa’izin, Kampung Padang Kala, Melor, Kota Bharu Kelantan. Program anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) dengan kerjasama masjid itu bermula pada 8 Disember 2025, bermakna 20 hari, 90 peserta berkampung di kawasan berkenaan untuk melayakkan mereka menunaikan umrah. Masjid yang tersergam indah itu juga dibangunkan oleh Pengarah Urusan Andalusia, Ibrahim Mat Sin yang berasal dari kawasan berkenaan. Ini adalah kali kedua Andalusia menaja program umrah di mana musim pertama…
Read MoreBerita pilihan..
Sepanyol ulangi sokongan kepada Palestin
SEPANYOL akan terus bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Palestin bagi mengekalkan daya maju kewangan dan pelan reformasinya, selain menggesa keganasan di Tebing Barat yang diduduki dihentikan. Menteri Luar Jose Manuel Albares dalam satu perbualan telefon dengan Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa berkata, beliau menyampaikan sokongan penuh Sepanyol terhadap keamanan muktamad di Gaza dan pengakhiran keganasan di Tebing Barat. Menerusi platform X, beliau turut menggesa Israel supaya memindahkan hasil cukai Palestin. Menurut Kementerian Kewangan Palestin, Israel telah menahan hampir AS$2 bilion hasil cukai Palestin sejak 2019, yang disifatkan sebagai “pencabulan terang-terangan” terhadap…
Read MoreKereta elektrik BYD China atasi Tesla
BYD kenderaan elektrik (EV) dari China berjaya merampas kedudukan Tesla, gergasi Amerika itu dalam perlumbaan EV global walaupun tidak menjual EV di Amerika Syarikat, pasaran kedua terbesar Tesla. Menurut data jualan 2025 yang diumumkan minggu ini, BYD yang berpangkalan di Shenzhen itu mencatatkan penjualan 2.26 juta EV, meningkat hampir 28 peratus berbanding tahun sebelumnya. Sebaliknya, Tesla merekodkan kejatuhan jualan untuk tahun kedua berturut-turut, dengan penghantaran hanya 1.6 juta unit – penurunan 8.6 peratus, sekali gus menjadi kemerosotan tahunan terbesar dalam sejarah syarikat itu. Pada suku keempat 2025, jualan Tesla jatuh…
Read More