KIRA-KIRA 12,000 guru dan pendidik sama ada di peringkat sekolah dan universiti melancarkan mogok di seluruh Jerman pada Khamis bagi menuntut kenaikan gaji yang ketara.
Menurut kesatuan guru GEW, guru sekolah, pensyarah universiti serta pekerja lain dalam sektor pendidikan turun ke jalan raya di lima bandar utama termasuk Berlin.
Kesatuan itu menuntut kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus, dengan kenaikan minimum EUR300 (US$358) sebulan, bagi guru dan pekerja pendidikan lain yang bekerja di bawah kerajaan negeri persekutuan Jerman.
Menurut GEW, seramai 3,500 pekerja menyertai protes di Berlin, manakala 3,000 lagi berhimpun di Leipzig dan 2,500 mengadakan demonstrasi di Hamburg.
Tindakan mogok selanjutnya dijangka berterusan sehingga pusingan ketiga rundingan gaji yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 13 Februari.
Nnn
