Pahlavi yakin Iran tumbang

WASHINGTON – “Republik Islam pasti tumbang – bukan jika, tetapi bila.”, demikian keyakinan Putera Mahkota Iran dalam buangan, Reza Pahlavi, yang turut menggesa masyarakat antarabangsa membantu penunjuk perasaan menjatuhkan kerajaan Iran.

Pahlavi yang berpusat di Amerika Syarikat (AS) meminta dunia menyasarkan kepimpinan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) yang menurutnya akan “memudahkan usaha rakyat dan mengurangkan pertumpahan darah.”

Protes besar-besaran tercetus sejak 28 Disember lalu akibat krisis ekonomi sebelum bertukar menjadi tuntutan menamatkan pemerintahan Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Hosseini Khamenei.

Kumpulan hak asasi manusia mendakwa lebih 2,500 penunjuk perasaan terbunuh setakat ini manakala Kerajaan Iran yang menolak demonstrasi itu, menyifatkannya sebagai “rusuhan” yang didalangi musuh Tehran.

Dalam sidang media di Washington pada Jumaat, Pahlavi mendakwa, sebahagian anggota keselamatan Iran enggan menyertai tindakan keras terhadap penunjuk perasaan, memaksa kerajaan membawa masuk kumpulan pejuang asing bagi mengekang bantahan.

Beliau menggesa tindakan antarabangsa termasuk menyasarkan IRGC dan pusat arahan mereka, menekan kerajaan Iran melalui sekatan ekonomi, mengusir diplomat Iran, menuntut pembebasan semua tahanan politik, menyediakan akses komunikasi melalui internet satelit seperti Starlink.

“Rakyat Iran sedang bertindak. Kini masanya dunia menyertai mereka sepenuhnya,” katanya.

“Rejim ini akan tumbang juga – tetapi lebih cepat dan lebih banyak nyawa dapat diselamatkan, jika dunia bertindak.” tegasnya yang turut berikrar akan kembali ke Iran apabila keadaan mengizinkan serta merangka Perlembagaan baharu

Bapanya, Shah Mohammad Reza Pahlavi digulingkan dalam Revolusi Islam 1979 sebelum Iran beralih kepada pemerintahan berteraskan ulama Syiah.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment