KUALA LUMPUR 14 Jan. – Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan mengingatkan jangan ada mana-mana pihak yang cuba mencabar ‘garis merah’ semata-mata kerana UMNO menjadi sebahagian Kerajaan Perpaduan. Garis merah yang dimaksudkan itu adalah hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera; kesucian agama Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. “Kita perlu menghantar isyarat yang jelas, keras dan tuntas khususnya kepada golongan berhaluan kiri, kelompok liberal atau sekutu politik yang cuba menangguk di air keruh (menyentuh isu berkenaan). Jangan sesekali melanggar garis merah ini,” katanya. Beliau berucap merasmikan mesyuarat serentak Perwakilan Wanita, Pemuda dan…
Read MoreDay: January 14, 2026
Pemuda UMNO teruskan keberanian
KUALA LUMPUR 14 Jan. – Mohamad Hasan hari ini mengingatkan Pemuda UMNO di bawah kepemimpinan Dr Muhamad Akmal Saleh supaya menjadi pembangkang yang konstruktif dari dalam kerajaan. Timbalan Presiden UMNO itu berkata, selaras dengan mandat diberikan kepada sayap parti itu sebagai ‘Pendesak, Pemantau, Penjaga Bangsa dan Loceng Kecemasan’, Pemuda perlu meneruskan keberanian mereka. “Jika ada dasar Kerajaan yang merugikan Melayu atau menekan rakyat, Pemudalah yang akan bangkit dan menyanggah terlebih dahulu. “Rampas naratif ‘Hero Rakyat’ daripada pembangkang. Buktikan Pemuda UMNO yang paling efektif menjaga Melayu, bukan mereka yang hanya pandai…
Read MoreMantera lama’ tidak cukup untuk menang
KUALA LUMPUR 14 Jan. – UMNO perlu merangka pelan hala tuju jelas sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) memandangkan 50 peratus pemilih adalah pengundi muda berusia antara 18 hingga 35 tahun yang tidak membesar dalam era kegemilangan Barisan Nasional (BN). Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, berkata! golongan yang disifatkan sebagai ‘generasi tanpa nostalgia’ yang membuat pilihan bukan atas dasar parti politik, selain terdedah kepada fitnah dan tohmahan di media sosial. Justeru dalam menghadapi tempoh 24 bulan menjelang PRU16, UMNO perlu berhenti bergantung kepada sejarah sebaliknya memerlukan ‘gangguan kreatif’…
Read MorePM ucap selamat bersidang
PUTRAJAYA 14 Jan. – Anwar Ibrahim berharap persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 kali ini akan berlangsung dengan tertib serta penuh wacana bernas berpaksikan kepada rakyat. Perdana Menteri juga berharap, ia dapat menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional demi sebuah Malaysia yang MADANI. “Selamat bersidang kepada semua pimpinan dan perwakilan sempena Perhimpunan Agung UMNO,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang berlangsung bermula hari ini hingga Sabtu. Beliau berkata, Malaysia memerlukan politik yang matang, berteraskan muafakat, saling menghormati dan keupayaan untuk bekerja bersama demi kestabilan,…
Read MorePemimpin MADANI bentang kegusaran kaum
KUALA LUMPUR 14 Jan. – Pemimpin politik berteraskan kaum telah diberi peluang untuk membentangkan isu terkait kegusaran kaum dan negeri yang ditadbir semasa Program Pemukiman Kerajaan MADANI 2026 pada hujung minggu lalu. Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau sendiri terbabit dalam pembentangan itu dengan fokus beliau mengenai isu yang membabitkan kegelisahan orang Melayu sepanjang pentadbiran Kerajaan MADANI. “Dalam pemukiman menteri baru-baru ini, saya diminta bentangkan apakah keprihatinan, kegelisahan dan kegusaran orang Melayu dalam Kerajaan Perpaduan sekarang,” katanya tanpa mengulas lanjut mengenai isu yang dibentangkannya ketika program pemukiman…
Read MoreWujudkan sayap digital parti – Azalina
KUALA LUMPUR 14 Jan. – Ketua Penerangan UMNO, Azalina Othman Said, berkata, UMNO perlu mewujudkan sayap digital khas di peringkat pusat, bahagian, cawangan dan sayap, yang berperanan mempertahan kredibiliti parti, menyampaikan kebenaran dan menyatukan rakyat, khususnya pengundi. Beliau berkata sayap digital itu perlu wujud sebagai struktur institusi parti yang rasmi dan profesional, yang bukan hanya berfungsi ketika pilihan raya, pemilihan parti atau disebabkan politik semasa, yang hanya membuat poster dan menaikkan gambar. Menurut Azalina, langkah itu, bagi menangani cabaran menyampaikan maklumat dan menarik pengundi pada zaman digital, terutama pengundi muda,…
Read MoreGuna kaedah politik baharu hadapi PRU16
KUALA LUMPUR 14 Jan. – Dalam tempoh 22 bulan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16, UMNO perlu keluar dari ‘kepompong’ lama dengan mengubah cara mendekati pengundi dengan kaedah politik baharu berteraskan teknologi melalui media sosial. Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana komunikasi tanpa lisan terutamanya di media sosial ketika ini menguasai lebih 82 peratus daripada sistem komunikasi sedia ada. Katanya, keutamaan adalah untuk parti khususnya ketua penerangan di semua peringkat memperkasa penjelasan di media sosial bukan sahaja mengenai dasar parti tetapi juga mempertahankan UMNO daripada serangan musuh…
Read MoreProgram pemanas menjelang PAU 2025
KUALA LUMPUR 14 Jan. – Program ‘pemanas’ Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada hari kedua hari ini bermula dengan Simposium Politik Era Digital 2026 yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, hari ini. Pada masa yang sama pendaftaran perwakilan dari seluruh negara juga bermula pagi ini di WTC. Sementara itu, simposium separuh hari anjuran Penerangan UMNO Malaysia itu adalah sebagai platform perbincangan strategik bagi membincangkan landskap politik semasa yang semakin dipengaruhi oleh perkembangan teknologi digital, media sosial serta perubahan corak pemikiran pengundi, khususnya generasi muda.…
Read MorePBB beri amaran kepada Netanyahu
NEW YORK – Israel boleh dirujuk ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sekiranya gagal memansuhkan undang-undang yang menyasarkan agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), UNRWA, serta memulangkan semula aset dan hartanah yang dirampas. Setiausaha Agung PBB, António Guterres, memberi amaran itu menerusi sepucuk surat kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Dalam surat bertarikh 8 Januari itu, Guterres menegaskan PBB tidak boleh berdiam diri terhadap “tindakan yang diambil oleh Israel yang jelas bercanggah dengan kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa dan mesti dibatalkan tanpa sebarang kelewatan”,. Parlimen Israel meluluskan undang-undang pada Oktober…
Read MoreHujan ribut landa Semenanjung Gaza
BANDARAYA GAZA – Hujan ribut yang melanda Semenanjung Gaza, mengorbankan sekurang-kurangnya enam nyawa, serta meruntuhkan rumah yang menempatkan keluarga terpaksa berpindah akibat dua tahun peperangan, Selain ratusan khemah dibanjiri, petugas perubatan memaklumkan lima orang, termasuk dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan, maut apabila rumah runtuh berhampiran pantai Bandaraya Gaza. Seorang lagi mangsa, bayi lelaki berusia setahun, meninggal dunia akibat kesejukan melampau di dalam khemah di Deir Al-Balah, Gaza tengah. Ribut itu turut menyebabkan khemah tercabut daripada pasaknya, sebahagiannya terbang sejauh puluhan meter sebelum terhempas ke tanah manakala banyak khemah lain…
Read More