PUTRAJAYA 6 Jan. – Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan yang akan dikreditkan mulai Jumaat ini akan melibatkan lima juta penerima terdiri daripada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan. Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan berkata, ini diikuti pembayaran kepada 3.1 juta individu bujang pada 16 Januari 2026. Secara keseluruhan, SARA Bulanan membabitkan 8.1 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM8 bilion untuk tahun ini, berbanding 5.4 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM5 bilion pada 2025. Penerima SARA bulanan akan menerima kredit antara RM50 hingga RM200 mengikut…
Read MoreDay: January 5, 2026
Warisan sertai PRK Kinabatangan, Lamag
KINABATANGAN 5 Jan. – Parti Warisan turut menamakan calonnya untuk menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang dijadualkan pada 24 Januari. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Saddi Abdul Rahman diumumkan sebagai calon Warisan bagi Parlimen Kinabatangan manakala Mazliwati Abdul Malek sebagai calon bagi DUN Lamag. Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking ketika mengumumkan pencalonan itu hari ini berkata pemilihan mereka dipersetujui berikutan kedua-duanya lebih memahami keperluan rakyat di kawasan berkenaan, selain memiliki pengalaman luas. Katanya, Mazliwati yang pernah bertanding di Kinabatangan berpengalaman…
Read MoreBerita pilihan..
Tidak tadbir tetapi ‘kuarantin minyak’
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) tidak akan mentadbir Venezuela secara harian, sebaliknya, akan terus menguatkuasakan “kuarantin minyak” yang sedia ada ke atas negara itu, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio. Kenyataan menerusi program bual bicara televisyen dilihat cuba meredakan kebimbangan bahawa tindakan agresif untuk mencapai pertukaran rejim di Venezuela akan membawa AS campur tangan asing berpanjangan atau percubaan membina semula negara yang gagal. Ini berbeza dengan kenyataan Presiden Danald Trump yang lebih umum dan kabur bahawa AS akan “mentadbir” negara pengeluar minyak itu buat sementara waktu. Rubio menjelaskan,…
Read MoreTrump diminta henti ancam ambil Greenland
COPENHAGEN – Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen menggesa Presiden Donald Trump menghentikan ancaman untuk mengambil alih Greenland, selepas beliau mengulangi hasrat itu dalam temu bual bersama majalah The Atlantic. Katanya, adalah tidak masuk akal untuk bercakap tentang keperluan Amerika Syarikat (AS) menguasai Greenland. dan AS tidak mempunyai hak untuk menggabungkan mana-mana daripada tiga negara dalam Kerajaan Denmark. “Saya dengan tegas menggesa AS menghentikan ancaman terhadap sekutu rapat bersejarah dan terhadap sebuah negara serta rakyat yang telah jelas menyatakan bahawa mereka tidak untuk dijual.”kata Frederiksen dalam kenyataan e-mel. Kenyataan Frederiksen menyusul…
Read More